~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Friday, June 19, 2009

Sihir atau bomoh

Pada era globalisasi ini kepercayaan kepada kuasa bomoh dalam menyembuh penyakit masih menebal pada segelintir masyarakat yang tinggal jauh dari kawasan Bandar. Perkara ini tidaklah begitu menghairankan kerana sejak turun-temurun mereka menggunakan khidmat bomoh dalam merawat penyakit. Kini hanya orang tua-tua yang masih mengamalkan kaedah ini. Masyarakat ini masih mempercayai jampi serapah dan menurun yang digunakan oleh bomoh tersebut dalam rawatannya. Bomoh-bomoh tersebut menggunakan jampi serapah yang memuja roh dan semangat. Mereka juga telah mencampur-adukkan ayat-ayat suci al-Quran dengan jampi serapah ketika menurun. Pada ketika ini syaitan telah meresapi jasad dan fikiran sehingga perkataan yang diucapkan dan perbuatan mereka tidak disedari. Pada peringkat ini bomoh-bomoh tersebut sudah mendapat apa yang dihajati.

Sihir bererti menampilkan sesuatu yang halus dan tidak nampak, sihir dari segi istilah adalah perkara luar biasa dan aneh yang dilihat dari hal-hal yang biasa dikenali orang menyerupai khawriqul adat atau mukjizat. Ahli-ahli sihir melakukan pekerjaan mereka dengan mendekatkan diri kepada syaitan, melakukan hal-hal yang jahat dan tercela, seperti menyembah binatang, melakukan kejahatan dan berbagai maksiat yang menjauhkan orang dari Allah. Untuk melakukan sihir harus ada keselarasan antara ahli sihir dengan syaitan sehingga dapat terjalin kerjasama yang baik antara keduanya. Kesenangan dan manfaat yang diperolehi manusia ialah pelajaran tentang sihir dan ramalan-ramalan dusta yang dipelajari dari para jin dan syaitan, sedangkan kesenangan dan manfaat yang diperolehi jin dari manusia adalah kepatuhan dan ketaatan manusia di mana mereka telah menempuh jalan sesuai dengan apa yang digariskan syaitan.

http://www.geocities.com/eim83/mistik.htm


Pendinding diri dari amalan sihir atau bomoh...

Dari rancangan Semanis Kurma TV9 pada 19 Jun 2009

1] Makan tamar ajwah Nabi S.A.W. iaitu kurma sebanyak 7 biji setiap hari- jika kita termakan atau terkna racun dan ada dalam badan kita, khasiat kurma ini dpt membantu kita..MasyaAllah..
2] Berwuduk sebelum tidur - Malaikat akan mjaga kita daripada syaitan dan iblis untuk melakukan kejahatan kepada kita...SubahanAllah....
3] Solat berjemaah di rumah - tempat kita menunaikan solat berjemaah akan dilindungi..Maha Kuasa Allah...
4] Solat tahajud 2 rakaat pada malam hari
5] Baca doa perlnd ungan semasa masuk tandas kerana tandas itu rumah syaitan
6] Baca
7] Selepas akad nikah suami letak tangan kanan di atas kepala isteri dan doakan yang baik2
8] Selalu baca ayat kursi dan zikir
9] Banyakkan berdoa :
  • Al- Fatihah
  • Ayat Kursi
  • Surah 3 Kul~ Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas
  • Surah An- Nasr
  • Surah Yunus ayat 79 - 82
  • Surah At-Tawbah ayat 65 - 69