~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Monday, April 9, 2012

Seksaan Wanita yang dilihat Rasulullah

Rasulullah S.A.W menangis setiap kali mengenangkan 10 jenis seksaan yang dilihat menimpa wanita ketika Baginda melalui peristiwa Israk Mikraj.Antaranya :

  • Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak dikepalanya mendidih.Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihatt oleh lelaki lain.
  • Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
  • Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang kedalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
  • Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya,tidak berwudhuk dan tidak mahu mandi junub.Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suami terlebih dahulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
  • Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala dibawahnya ada api yang menyala.Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
  • Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
  • Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai.Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
  • Ada juga perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk kedalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


    Subahanallah.....Terseksanya.... Ya Allah...Peliharalah hatiku, mulutku, fikiranku, dan diriku dari melakukan kesalahan-kesalahan.. Ya Allah tetapkan hatiku agar terus melakukan perubahan diri ke arah jalanMu