~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Wednesday, April 11, 2012

Teknologi & Perniagaan : Dec 2006

Bahagian A (30 markah)

1. Pemindahan teknologi melalui pembangunan msumber manusia oleh firma asing terbahagi kepada 3 peringkat. terangkan 3 peringkat tersebut

1.(i)Pengambilan pekerja dengan memberikan kemahiran yang diperlukan kepada pekerja tempatan melalui program latihan.
(ii)Memajukan para pekerja yang telah dilatih ke setiap bidang/bahagian dan menukarkan secara perlahan-lahan pekerja asing yang digunakan untuk melatih pekerja supaya betul-betul mampu melaksanakan kerja.
(iii)Pusingganti pekerja yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang pengurusan.


2. berikan definisi "fasa catch up" dan "fasa inovasi sendiri"

2.(i)Fasa Catch up=peranan dimainkan oleh MITI yang bertindak sebagai pengawas kepada pembangunan teknologi asing dan juga sebagai perunding.
(ii)Fasa Inovasi Sendiri=penglibatan pihak kerajaan mula dikurangkan sebaliknya firma memainkan peranan aktif dalam menjana keupayaan inovasi mereka.


3. teknologi mempunyai 4 komponen asas. terangkan dengan ringkas keempat-empat komponen tersebut

3.Empat komponen asas:
i)Technoware=elemen yang merangkumi bahan-bahan
ii)Humanware=elemen manusia dalam sistem teknologi
iii)Infoware=komponen dokumen/maklumat dalam sistem teknologi.
iv)Orgaware=elemen institusi dalam sistem teknologi


4. senaraikan 3 kriteria yang membolehkan konsep ko opetisi dilaksanakan dengan efektif

4.Tiga kriteria:
i)Industri dan pasaran yang besar dan berkembang
ii)Industri yang tinggi risikonya
iii)Keperluan kepada satu standard

5. kaedah Delphi adalah salah satu kaedah yang digunakan unruk meramalkan teknologi. Huraikan dengan jelas bagaimana kaedah ini dilakukan


5. i)Menggunakan alatan seperti set soal selidik yang standard diedarkan kepada setiap pakar panel
ii)Data yang diterima pada pusingan pertama dianalisis dan dapatannya akan diedarkan kepada ahli panel untuk diteliti dan dinilai semula.
iii)Data dalam pusingan kedua turut dianalisis semula dan dapatannya diserahkan semula kepada ahli panel untuk memberi komen yang selanjutnya.
iv)Pusingan seterusnya akan dilakukan sekiranya masih berlaku percanggahan pandangan oleh ahli panel.


6. Nyatakan 3 bentuk inovasi yang biasa dilakukan dalam sesebuah perniagaan. berikan contoh yang sesuai

6.i)Inovasi bersifat evolusi
contoh:perubahan evolusi motor berenjin wap kepada enjin motor.
ii)Inovasi bersifat revolusi
contoh:komunikasi tanpa wayar
iii)Inovasi bersifat arkitektual
contoh:perubahan daripada komputer kepada laptop.


7. Senaraikan 3 komponen asas pengurusan perniagaan dan huraikan dengan ringkas setiap satu

7.Tiga komponen asas:
i)perancangan=menentukan strategik yang komprehensif untuk syarikat membahagikan modal dengan cara yang boleh menyokong untuk mencapai strategik.
ii)operasi=proses perlaksanaan aktiviti perniagaan berasaskan perancangan yang sistematik.
iii)kawalan=proses untuk menilai dari semasa ke semasa samada kerj yang dilakukan oleh semua pihak dalam organisasi menjurus kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.



8. pengetahuan adalah penjana utama ke arah pertumbuhan ekonomo baru. nyatakan tiga kebaikan yang dinikmati oleh perniagaan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan
8.Tiga kebaikan:
i)Keupayaan untuk menterjemahkan ilmu
ii)Pendekatan strategik yang baru
iii)Mengenalpasti ilmu yang diterjemahkan



Bahagian B (10 Markah)

Pengurusan syarikat bertanggungjawab menguruskan proses-proses inovasi supaya daya saing organisasi menjadi mantap. oleh itu, pihak pengurusan perlu membuat penilaian mengenai potensi inovasi syarikat mereka. bincangkan faktor-faktor penting yang memberi sumbangan kepada penilaian kebolehan dan perancangan inovasi syarikat


1.Faktor-faktor penilaian kebolehan inovasi syarikat adalah:
Sumber-sumber yang ada dengan dimensi terhadap tahap pembiayaan aktiviti R&D berbanding dengan peratusan jualan dan pesaing utama dan kompetasi yang unik dalam bidang teknologi yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan.
Faktor yang kedua ialah strategik inovasi syarikat pesaing yang dimensinya adalah sistem perisikan dan banyaknya data yang diperoleh dari pesaing dan keupayaan untuk mengenalpasti,menganalisis dan mengamal strategik inovatif syarikat pesaing.
Faktor ketiga ialah persekitaran teknologi yang menilai keupayaan untuk meramal teknologi dalam pelbagai bidang,keupayaan meramal kesan silang atur pelbagai teknologi,keupayaan menilai teknologi dalam pelbagai bidang dan keupayaan mengenalpasti peluang teknologi dalam pelbagai bidang.
Faktor yang terakhir ialah struktur dan budaya organisasi di mana ia menilai keupayaan untuk menguruskan pemindahan teknologi daripada penyelidikan kepada proses pembangunan dan keupayaan untuk mengintegrasikan pelbagai bahagian dalam organisasi untuk proses pembangunan produk baru.
Data-data ini dapat membantu syarikat untuk mengenalpasti tahap kebolehan inovatif dalam organisasi mereka.Faktor-faktor ini juga bertujuan untuk merangka strategi inovasi syarikat.