~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Wednesday, April 11, 2012

Teknologi & Perniagaan May 2006

bahagian A: 30 markah

1. Nyatakan 4 ciri firma Jepun yang berbeza berbanding dengan firma Malaysia dari aspek pengurusan dan pembangunan sumber manusia

seiring dengan pembangunan dalam bidang teknologi. Peranan kerajaan negara Jepun dan pembangunan teknologi dimana dapat dilihat dalam 2 fasa iaitu fasa catch-up @ peringkat mengimport teknologi dan fasa inovasi¬-sendiri @ peringkat pendahuluan teknologi.

Dimana di fasa catch-up adalah didapati bahawa pembangunan teknologi firma-firma,Jepun adalah selaras dengan dasar-dasar awam dan objektif firma itu sendiri. Jepun lebih memberi penekanaan utama kepada tenaga kerja dan inovasi yang mana berbeza drngan pendekatan ekonomi konvensional.

2. senaraikan 3 cabaran perniagaan yang perlu dihadapi oleh pengusaha pada hari ini


(i) alam sekitar yang lebih kompetitif
(ii) keadaan yang tak menentu
(iii) kebergantungan kepada ilmu


3. terangkan secara ringkas 3 kesan positif dan 3 kesan negatif kehadiran ekspatriat di Malaysia

Kesan Positif:

a) kemungkinan pemindahan teknologi dan kompetensi baru kepada pekerja tempatan.
b) pengetahuan pasaran luar negara.
c) kemampuan berunding dengan pedagang luar negara terutama bagi
industri kecil dan sederhana tempatan yang umumnya kurang memiliki
maklumat terkini dan kemampuan lobbying.

Kesan Negatif:

a) timbulnya pelbagai masalah budaya dan sosial
b) hilangnya kesempatan bekerja untuk pekerja tempatan apabila
pemindahan pengetahuan dan kemahiran tak berlaku.
c) kos yang tinggi untuk mengambil tenaga luar bekerja didalam negara.

4. Kerajaan Neverland inigin merangsang permintaan melalui penciptaan pasaran. apakah kaedah yang boleh digunakan? apakah kesan kaedah ini terhadap permintaan teknologi

Kaedah: a) mancipta pasaran dalam negeri melalui gantian import.
b) mamanfaatkan pasaran antarabangsa melalui pembangunan perdagangan
oreintasi import.

Kesan : a) perusahaan nasional tidak terdorong untuk meningkatkan kemampuan
Teknologi lebih cenderung memanfaatkan pasaran tempatan
b) ini terjadi kerana pasaran dalam negeri tidak cerewet dan tidak ada persaingan
sehingga tidak ada usaha untuk meningkatkan kualiti produk dan
perkhidmatan.

5.peranan kerajaan dalam fasa pembangunan teknologi di Jepun melibatkan 2 fasa. nyatakan fasa-fasa ini

a) Fasa catch-up @ peringkat mengimport teknologi.
b) Fasa inovasi-sendiri @ peringkat pendahuluan teknologi


6. Program offset merupakan salah satu kaedah pembangunan teknologi luaran. berikan 3 objektif program offset

a) penggunaan sumber-sumber tempatan secara optimum
b) mengalakkan pertumbuhan industri tempatan
c) pemindahan teknologi
d) mengurangkan pengaliran keluar wang asing
e) meningkatkan keupayaan eksport negara


7. Syarikat Landmark merancang untuk mengambil tenaga kerja asing bagi melatih dan membangunkan tenaga mahir tempatan mereka?

Kelebihan : a) kemungkinan pemindahan teknologi dan kompetensi baru kepada pekerja
tempatan.
b) pengetahuan pasaran luar negara
c) kemampuan berunding dengan pedagang luar negara terutama bagi
industri kecil dan sederhana tempatan yang umumnya kurang memiliki
maklumat termasukla kemampuan lobbying.

Keburukkan: a) timbulnya berbagai masalah kebudayaan dan sosial
b) hilangnya kesempatan kerja untuk pekerja tempatan apabila pemindahan
pengetahuan dan kemahiran tak berlaku.


8. clark dan fujimoto (1991) mengklasifikasikan pasukan pengurusan projek kepada 4 kategori. senaraikan semua kategori tersebut


- pembangunan teknologi kompensif yang sedia ada untuk meningkatkan daya saing yang ada.
- penambahan kumpulan teknologi sedia ada
- penghasilan generasi teknologi seterusnya
- penghasilan teknologi baru
- pengumuman projek light weight.



Bahagian B (20 markah)

1. Terangkan 5 cabara masa hadapan untuk mengatasi perubahan yang terdapat dalam orde ekonomi baru (20 m)

Q1. 5 cabaran masa hadapan untuk mengatasi perubahan yang terdapat di dalam orde baru ekonomi.


A)Alam sekitar yang lebih kompetitif
- Proses globalisasi telah membawa kepada persekitaran yang lebih kompetitif.
- Teknologi yang berkembang dengan cepat juga menyebabkan persekitaraan yang lebih kompetitif.


B)Keadaan yang tidak menentu
- Dalam persekitaran ekonomi baru ini, syarikat perniagaan hari ini dijangka akan terdedah kepada keadaan yang semakin tidak menentu.
- Syarikat perniagaan selalu terperangkap dengan perubahan mendadak yang berlaku tanpa disedari.
- Dapat dikawal dengan teknik dan strategi yang sesuai.

C)Kerbergantungan kepada pengetahuan
- Penekanan masa lalu yang diberikan kepada sistem ilmu pengurusan maklumat dan pemprosesan kini perlulah diubah kepada sistem ilmu yang boleh digunakan dalam keseluruhan rangkaian perniagaan.

D)Kepentigan kepantasan
- Dalam ekonomi baru, keuntungan diperolehi oleh mereka yang paling cepat mengenal pasti perubahan dan yang pertama sekali mengeksploitasi peluang ¡V peluang baru.

E)Peningkatan ketelusan dan pemakluman
- Dalam era ekonomi baru ini, syarikat perniagaan menghadapi permintaan bagi maklumat yang lebih baik, pemakluman yang lebih jelas dan sistem yang lebih telus.


2. Manusia memanfaatkan teknologi untuk menyempurnakan proses nilai tambah. huraikan maksud proses nilai tambah dalam teknologi (20 m)


Q2.Maksud proses nilai tambah di dalam teknologi adalah proses kompleks yang berjalan terus menerus dan hannya daripada dikatakan berhasil jika pemanfaatan mesin, kemahiran manusia dan bahan mentah sepenuhnya dapat disepadukan oleh teknologi sehingga menghasilkan produk yang bernilai lebih tinggi dari nilai bahan mentah asal. Kerana sepadu inilah maka teknologi merupakan unsur yang paling penting dalam proses nilai tambah .
Semakin efisien dan produktif proses nilai tambah, semakin meningkat taraf hidup manusia. Taraf hidup manusia yang meningkat melahirkan cara berfikir, ilmu pengetahuan dan teknologi yang lebih maju. Maka lahirlah suatu lingkaran peningkatan antara tingkat perkembangan teknologi kerana peningkatan taraf kehidupan manusia yang berterusan. Lingkaran ini akan berterusan selagi manusia mempunyai kehendak dan keinginan kepada cara hidup yang lebih selesa.
Oleh itu, wujudnya teknologi dalam kehidupan manusia bererti akan berlakulan kemungkinan peningkatan kemampuan pengeluaran dan seterusnya peningkatan taraf kehidupan sesuatu masyarakat.

Sumber:
http://kymutm.blogspot.com/2008/04/teknologi-dan-perniagaan.html