~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Wednesday, April 11, 2012

Teknologi & Perniagaan May 2007

BAHAGIAN A: 40 MARKAH

1. Nyatakan 2 situasi yang berlaku dalam kitaran hayat produk semasa
(a) Fasa Pengenalan
(b) Fasa Kematangan
(c) Fasa Penurunan

1. Fasa pengenalan
- Pengusaha memperkenalkan pelbagai variasi produk
- Prihatin terhadap maklum balas pengguna dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan sesuatu produk.
fasa kematangan
- Menghentikan pengeluaran model yang tidak kos efektif
- memberi tumpuan kepada model yang mampu bersaing dalam pasaran yang semakin kompetitif.
fasa penurunan
- berlakunya diversifikasi
- penentuan untuk meneruskan atau menamatkan sesbuah perniagaan



2. senaraikan 3 cabaran perniagaan yang dihadapi oleh pengusaha pada zaman alaf baru ini
- Alam sekitar yang lebih kompetitif
- Keadaan yang tidak menentu
- Kepentingan kepantasan


3. Dalam pembangunan produk baru, antara 30%-60% produk yang diperkenalkan gagal dipasaran. senaraikan 4 faktor kegagalan dalam membangunkan sesebuah produk baru

3. -posisi yang tidak kompetitif
- andaian prestasi tidak tepat
- prestasi teknikal yang rendah
- kepakaran pengeluaran terhad


4. senaraikan 3 komponen asas pengurusan perniagaan dan huraikan dengan ringkas setiap satunya
4. -perancangan
menentukan matlamat dan aktiviti yang sesuai untuk mencapai misi dan visi organisasi
- kawalan
proses untuk menilai dari semasa ke semasa sama ada kerja yang di lakukan oleh semua pihak dalam organisasi menjurus kepada pencapaian mkatlamat sesebuah organisasi.
- operasi
proses perlaksanaan aktiviti perniagaan berasaskan perancangan yang sistematik.


5. berikan definisi paten dan hakcipta
paten
-hak monopoli yang dianugerahkan kepada pencipta atau inovator
hakcipta
- hak monopli terhad yang berkaitan dengan perisian, bahan muzik dan literatur.

6. program 'offset' merupakan salah satu kaedah pembangunan teknologi secara luaran. berikan 3 objektif program offset
6. - penggunaan sumber tempatan
- menggalakkan pertumbuhan industri tempatan
- pemindahan teknologi


7. syarikat landmark membawa masuk tenaga kerja asing bagi melatih dan membangunkan tenaga kerja tempatan. apakah kelebihan dan kekurangan memiliki tenaga kerja asing di syarikat tersebut

7. Kebaikan
- Kemungkinan pemindahan teknologi dan kompentasi baru kepada pekerja tempatan
Keburukan
-Timbul pelbagai masalah kebudayaan dan sosial.

8. berikan definisi fasa 'Catch Up' dan fasa 'self-Innovation'
catch-up

-MITI Jepun bertindak sebagai pengawas kepada pembangunan teknologi asin dan sebagai perunding terhadap syarat-syarat perlesenan denagn firma-firma atau inovator asing.
self innovation
- penglibatan pihak kerajaan di kurangkan dan firma sendiri akan memainkan peranan aktif dalam menjana keupayaan inovasi mereka.

9. Clark dan Fujimoto (1991) mengklasifikasikan pasukan pengurusan projek keapda 4 kategori. senaraikan semua kategori tersebut
- sturktur fungsian
- pengurusan projek lightweight
- pengurusan projek heavyweight
- pasukan projek berautonomi

10. Terangkan dengan ringkas 4 strategi yang boleh diambil oleh syarikat di Malaysia bagi menghadapi cabaran pembangunan teknologi pada era globalisasi yang berteraskan pengetahuan
10. - pembaikan teknologi sedia ada.
- penambahan kumpulan teknologi sedia ada
- penghasilan generasi teknologi selanjutnya
- penghasilan teknologi baru.


BAHAGIAN B:10 mARKAH

1. Terangkan dengan ringkas sama ada Malaysia telah berjaya atau tidak dalam pemindahan teknologi khususnya dari Jepun. Apakah masalah-masalah pembangunan teknologi yang dihadapi oleh Malaysia dan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menangani permasalahan ini.

- cabarn berteraskan ilmu
kejayaan masa hadapn bergantung kepada ekonomi yang berasaskan ilmu yang penting dalam menentukan prestasi.ia dapat di lakukan dengan mengenal pasti ilmu yang di perlukan o0leh sesebuah syarikat dan menstruktur dan menyebarkan maklumat tersebut ke semua bahagian syarikat.
cabaran menentukan standard prestasi
- prestasi perlu ditanda aras denagn cara yang terbaiik yang di wujudkan untuk mengawal dan memeriksa kemajuan prestasi dari semaa ke semasa. dalam konteks ini cabaran utama pengusaha adalah untuk membentuk indeks tanda aras yang realistik dan praktikal.
menggalakkan perkongsian strategik
- usahawan tempatan perlu membentuk program yang boleh mengenal pasti dan menerokai pelbagai bentuk kemudahan pakatan kerjasama yang dapat memperkukuhkan perniagaan mereka. Di mana perkongsian ini berfaedah terutamanya pada syarikat kecil yang tidak mempunyai kemahiran dan sumber untuk menjalankan RND atau untuk menjalankan kaji selidik pelanggan.
mempertingkatkan kapasiti
- usahawan perlu melabur secara berterusan bagi meningkatkan keupayaannya supaya mampu bertahan dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah dan tidak menentu.Kedudukan firma juga akan lebih kukuh jika ia bergantung kepada teknologi terkini dengan memaksimumkan penggunaannya.

Malaysia mempunyai segala keupayaan dari segi institusi, organisasi daninfrasturktur untuk melaksanakan dan membangunkan teknologinya sendiri di samping membangunkan sumber manusianya secara beriringan. Malysia cuma perlu melakukan lojakan, bukannya pendekatan secara evolusi dalam menghadapi pembangunan pantas dalam teknologi komunikasi dan maklumat.Denagn ini malaysia belum berjaya sepenuhnya dalam penggunaan pemnidahan teknologi seperti Jepun.