~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Wednesday, July 4, 2012

Dugaan Pada Awalnya Kini Bertukar Kepada Hikmah ^_^

Awal progam penuh dengan dugaan...dugaan yang pada awalnya kami rasa seperti tidak mampu untuk menghadapinya.. seolah program itu tidak berjaya nanti...
Namun, dugaan itu kami hadapinya..kami rintanginya dengan penuh ikhlas, semangat, rasa amanah yang dijalankn perlu dilakukan dengan baik...tanggungjawab yang amat besar perlu kami lakukan dengan baik kerana Allah..
Di hari pertama, dengan keadaan kesihatan badan yang tidak sihat, sakit2.. ku kuatkan semangat kerna ku pasti pasti ada hikmah disebalik dugaan ini..
Kami perlu menyambut mereka dengan senyuman, dengan rasa penyanyang..n perlu menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri walaupun baru pertama kali dipertemukan..
Betul kata seorang yang amat kami segani, "Bila kita tunjukkan kasih sayang kita pada mereka, kita ikhlas melakukan kerna Allah, pasti segala kelemahan dapat kita tutupi"
Sekali lagi kami diuji di hari pertama kerna kekurangan penggerak, tapi bila kita berusaha untuk terus di jalanNya..Insyallah Allah akan membantu kita..Ada yang membantu kami dikala kesusahan..
Hari pertama bagi adik-adik kami yang amat menyedihkan...perlu berjauhan dengan keluarga dan memulakan hidup baru...sudah pasti ada yang menangis..sedih...ringkasnya majoriti tidak ceria n happy...
Walau bagaimanapun, semua itu bertukar dengan sekelip mata bila Allah membantu kami dalam segala urusan..Alhamdulillah...dengan bantu Allah beserta kekurangan pengalaman yang ada pada kami, dapat kami menceriakan keadaan adik-adik kami..
Ya Allah, mereka tersenyum, gembira..dengan aktiviti dan kasih sayang yang kami tunjukkan..
Hari pertama yang dilalui dilalui kami semua seperti telah mengenali adik-adik setelah sekian lama..ukuhwah yang terjalin menjadi begitu erat...seperti kami semua saudara kandung..
Alhamdulillah..kepenatan di hari pertama kami semua terubat dengan kegembiraan..semangat adik-adik kami..terima kasih adik-adik...
 Sebagaimana terbentuknya susunan lilin berbentuk hati ini, seperti itu hati akak..akak sayang korg semua ;)
Hari kedua kini tiba..hari yang mungkin akan kami lalui dengan penuh cabaran..aktiviti di luar kolej..dapatkan kami melalukannya?? Ya Allah..Dia telah permudahkan urusan kami sekali lagi..Terima Kasih Ya Allah... ;)
Taman Tunku Anis..akan menjadi saksi kegembiraan kami semua... adik-adik perlu melakukan aktiviti yang lebih mencabar..explorace..suatu aktiviti yang amat ditunggu oleh adik-adik..
Berbekalkan semangat adik-adik, ku kuatkan diri untuk turut serta walaupun keadaan badan tidak sihat..Ya Allah kuatkan diriku untuk adik-adikku..
Aktiviti bermula dengan semangat yang amat luar biasa dari adik-adik..dengan senyuman.. mereka mulakan explorace..
tujuh check point perlu mereka harungi..perlu melakukan sesuatu yang mungkin mereka tidak pernah lakukan..namun  kesemua check point mereka berjaya melakukan dengan jayanya..
walau dalam keadaan panas..namun kejayaan melakukan semua itu membuatkan adik-adik tersenyum...
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti yang menguji psikologi adik-adik..adik-adik perlu berdebat..
dan yang pasti debat utama mestilah dari fasi-fasi..mungkin tanpa mereka sedari..akak-akak n abang-abang dorg lah 'musuh' debat mereka yang sebenar...rasa tidak puas hati pasti ada...
setelah diberi kata dorongan oleh abang2 n akak2..adik-adik telah memahami maksud sebenar..matlamat n tujuan sebenar aktiviti itu dilakukan...rasa tidak puas hati telah bertukar kepada suatu perasaan yang positif dalam diri adik-adik...
Seharian disini pastinya diakhiri dengan gembira..pegalaman, pelajaran yang diterima mereka pasti akan diambil sepenuhnya..ingat adik-adik, apa yang diajar oleh kami semua hanya untuk menjadikan kalian insan yang amat2 berguna selepas ini...






 Senyuman manis pengubat penat, semoga ukuhwah terus terjalin








Masih ceria setelah explorace selesai.. Pengalaman yang pasti terus diingati 



"Mini Masir terbaek!!!" Kata semua insan ini


"Mini Masir semporna"