~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Thursday, August 23, 2012

Dimanakah Pemuda Berani?

Setiap insan yang telah menjejaki tahap usia sekarang pasti akan melalui perkara yang sama... mencari pemuda yang berani...pemuda yang berani? apa maksudnya?
Pemuda yang ikhlas menyayangi seseorang kerana Allah dan pemuda yang berani berterus terang...berterus terang pada si dia? pastinya tidak..tetapi Pemuda Berani yang berani berterus terang pada keluarga si dia...
Berani menyampaikan hasrat dirinya...berani meluahkan hasratnya...bukan menyimpan dan menanti kepada sesuatu yang tidak pasti di kerana luahan yang kaku
Belum cuba sesuatu yang tidak pasti... jangan membuat
keputusan sebelumnya, kelak anda akan menyesal
Pemuda Berani,
nukilan ini buatmu,
aku tidak pandai bermadah,
aku tidak pandai berkata-kata sepertimu,
aku tidak sebaik seperti yang kau sangkakan,
aku tidak sesopan yang kau lihat,
aku tidak solehah seperti yang kau inginkan,
aku seperti kau juga melalui transformasi
aku masih dalam proses perubahan,
aku dalam proses mempelajari,
aku dalam proses mengenal lebih tentang agamaNya,
aku masih lemah di dalam agamaNya,
aku tidak sekuat dan setabah Siti Mariam,
Jika kau dapat menerima 1001 kelemahan dan kekurangan ini,
Jika kau dapat menerima diri ku sebelum dan semasa proses perubahan,
Jika kau dapat menjadi imam solat ku,
Jika kau lakukan ini kerna Allah,
Beranikan dirimu untuk berjumpa waliku,
Beranikan dirimu untuk meluahkan dan meneruskan hasrat hatimu yang terpendam itu,
Tunaikan hasrat dirimu sebelum terlambat,

Berjuanglah..jangan kau rasa tidak layak sebelum kau berjuang
Sesungguhnya ku menanti seseorang yang berani menyampaikan hasratnya kepada keluargaku...