
~Assalamualaikum (^_^)
Saturday, June 27, 2009
Friday, June 19, 2009
AYAT-AYAT HIFZU & PELINDUNG DARIPADA SIHIR JIN & MANUSIA
1.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )
2.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )
3.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )
- Dibacakan pada mangsa sihir
- Di tulis dengan dakwat bersih dan suci kemudian dilarutkan pada air dan di minum
- Dibaca pada air yang bercampurkan dengan daun bidara lalu dibuat mandi
- Dirakamkan ayat-ayat ini lalu didengarkan pagi dan petang hingga sembuh. InsyaAllah
AYAT - AYAT MENGATASI GEJALA SIHIR
| 1.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 1-6 ) |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الم | 1
| 2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255-257 ) |
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ | 255
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ | 256
| 3.) Al-Baqarah ( Surah 4: Ayat 284-286 ) |
لِّلَّهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ | 284
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ | 285
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ | 286
FADHILAT AYAT KURSI
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ | 255
- Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya
- Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh
- Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan menyebut nama Allah
- Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga
- Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya
- Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari
- Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid
- Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya
FADHILAT AL-FATIHAH
"Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun"
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (1) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (2) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (3) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (4) اهدِنَـا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (5) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ | 6
Untuk Penawar Racun & Kala Jengking
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepatsembuh kembali.
Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.
Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.
Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.
CARA MENGATASI SIHIR.
- Sebagaimana yang disebut oleh al-Quran iaitu Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 92, surah Al-Falaq dan Fushshilat ayat 44.
- Dengan al-Quran seseorang mukmin itu melalui keimanannya akan sembuh dari penyakit kekufuran dan kesesatan.
- Mengambil tindakan tegas terhadap orang yang mengamalkan sihir.
- Menerapkan ajaran Islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat Islam.
- Tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut.
- Tidak membiarkan mana-mana pihak yang ingin mengadakan persembahan yang ada kaitan dengan sihir.
Sihir atau bomoh
Pada era globalisasi ini kepercayaan kepada kuasa bomoh dalam menyembuh penyakit masih menebal pada segelintir masyarakat yang tinggal jauh dari kawasan Bandar. Perkara ini tidaklah begitu menghairankan kerana sejak turun-temurun mereka menggunakan khidmat bomoh dalam merawat penyakit. Kini hanya orang tua-tua yang masih mengamalkan kaedah ini. Masyarakat ini masih mempercayai jampi serapah dan menurun yang digunakan oleh bomoh tersebut dalam rawatannya. Bomoh-bomoh tersebut menggunakan jampi serapah yang memuja roh dan semangat. Mereka juga telah mencampur-adukkan ayat-ayat suci al-Quran dengan jampi serapah ketika menurun. Pada ketika ini syaitan telah meresapi jasad dan fikiran sehingga perkataan yang diucapkan dan perbuatan mereka tidak disedari. Pada peringkat ini bomoh-bomoh tersebut sudah mendapat apa yang dihajati.
Sihir bererti menampilkan sesuatu yang halus dan tidak nampak, sihir dari segi istilah adalah perkara luar biasa dan aneh yang dilihat dari hal-hal yang biasa dikenali orang menyerupai khawriqul adat atau mukjizat. Ahli-ahli sihir melakukan pekerjaan mereka dengan mendekatkan diri kepada syaitan, melakukan hal-hal yang jahat dan tercela, seperti menyembah binatang, melakukan kejahatan dan berbagai maksiat yang menjauhkan orang dari Allah. Untuk melakukan sihir harus ada keselarasan antara ahli sihir dengan syaitan sehingga dapat terjalin kerjasama yang baik antara keduanya. Kesenangan dan manfaat yang diperolehi manusia ialah pelajaran tentang sihir dan ramalan-ramalan dusta yang dipelajari dari para jin dan syaitan, sedangkan kesenangan dan manfaat yang diperolehi jin dari manusia adalah kepatuhan dan ketaatan manusia di mana mereka telah menempuh jalan sesuai dengan apa yang digariskan syaitan.
http://www.geocities.com/eim83/mistik.htm
Pendinding diri dari amalan sihir atau bomoh...
Dari rancangan Semanis Kurma TV9 pada 19 Jun 2009
2] Berwuduk sebelum tidur - Malaikat akan mjaga kita daripada syaitan dan iblis untuk melakukan kejahatan kepada kita...SubahanAllah....
3] Solat berjemaah di rumah - tempat kita menunaikan solat berjemaah akan dilindungi..Maha Kuasa Allah...
4] Solat tahajud 2 rakaat pada malam hari
5] Baca doa perlnd ungan semasa masuk tandas kerana tandas itu rumah syaitan
6] Baca

7] Selepas akad nikah suami letak tangan kanan di atas kepala isteri dan doakan yang baik2
8] Selalu baca ayat kursi dan zikir
9] Banyakkan berdoa :
- Al- Fatihah
- Ayat Kursi
- Surah 3 Kul~ Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas
- Surah An- Nasr
- Surah Yunus ayat 79 - 82
- Surah At-Tawbah ayat 65 - 69