~Assalamualaikum (^_^)
Saturday, June 30, 2012
Dugaan Yang Datang
*Ya Allah berilah ku kekuatan untuk menghadapi dugaan yang telah Engkau berikan kepadaku.. dugaan ini hanylah secepis kecil sahaja tapi ku tidak mampu menghadapinya... (T_T)
Monday, April 16, 2012
Adab Memakai Cincin
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu ...
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari;
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Dosa Kuku Panjang
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpa...n kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Life is a Test
Friday, April 13, 2012
.::. Muhasabah Diri .::. Part 2
- Bila suatu semangat datang..bila Allah izin..sesuatu kerja yang dilakukan mudah masuk...mudah faham dan mudah ingat..Alhamdulillah...
- Usaha yang dilakukan pasti bersungguh-sungguh walaupun hasil yang diterima tidak mengembirakan hati...yang pasti kita berusaha melakukan kerja tersebut..hasilnya hanya Allah yang dapat menilai..jika baik hasilnya Alhamdulillah..jika tidak, hasilnya hanya setakat itu sahaja...
- jangan dikatakan pada orang yang melakukan kesilapan..myb benar dia melakukan kesilapan, myb tidak cuma anggapan kita salah tapi jika kita sering berkata tidak akan melakukan kesilapan seperti dia pasti anggapan kita salah..kerana mungkin kita akan melakukan perkara yang sama seperti orang itu....
.::. Muhasabah Diri .::. Part 1
- adakala yang sakit itu akan membawa kebaikan..biar diri sakit sekarang..tapi..asalkan orang yang kita sayang pada kemudian hari semuanya selamat..sihat...dapat hidup dengan baik..semoga Allah kuatkan semangatku...
- sesuatu terjadi walau seteruk mana pasti ada sesuatu yang terbaik...pasti ia pengajaran buat kita atas kesilapan lalu..kealpaan lalu..kelalaian lampau..kelemahan masa lepas..setelah yang buruk melanda kita..pasti kita akan insaf dan takkan mengulangi lagi..pasti diri akan berubah...berubah kerna sayang kita padaNya..cinta kita pada Yang Maha Esa...bukan sayang kita pada manusia...perubahan yang ikhlas pasti akan menyenangkan hati kita walau betapa sukar untuk kita berubah..yang penting..ikhlaskan hati dan kita akan terima perubahan diri itu...
- terimalah insan tersebut seadanya dia..terima dy kerna Allah..tidak melihat masa lalunya yang terlalu banyak kesilapan..sesungguhnya dia telah berubah dan sentsa ingin berubah kernaNya... lihatlah kerna dirinya..kerna keikhlasan hatinya..bukan menghukum dia dik kerna kesilapan lalunya...terimalah perubahan dirinya dan bantulah dia agar terus berubah..berubah dan berubah di jalanNya
Wednesday, April 11, 2012
Teknologi & Perniagaan May 2007
BAHAGIAN A: 40 MARKAH
1. Nyatakan 2 situasi yang berlaku dalam kitaran hayat produk semasa
(a) Fasa Pengenalan
(b) Fasa Kematangan
(c) Fasa Penurunan
1. Fasa pengenalan
- Pengusaha memperkenalkan pelbagai variasi produk
- Prihatin terhadap maklum balas pengguna dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan sesuatu produk.
fasa kematangan
- Menghentikan pengeluaran model yang tidak kos efektif
- memberi tumpuan kepada model yang mampu bersaing dalam pasaran yang semakin kompetitif.
fasa penurunan
- berlakunya diversifikasi
- penentuan untuk meneruskan atau menamatkan sesbuah perniagaan
2. senaraikan 3 cabaran perniagaan yang dihadapi oleh pengusaha pada zaman alaf baru ini
- Alam sekitar yang lebih kompetitif
- Keadaan yang tidak menentu
- Kepentingan kepantasan
3. Dalam pembangunan produk baru, antara 30%-60% produk yang diperkenalkan gagal dipasaran. senaraikan 4 faktor kegagalan dalam membangunkan sesebuah produk baru
3. -posisi yang tidak kompetitif
- andaian prestasi tidak tepat
- prestasi teknikal yang rendah
- kepakaran pengeluaran terhad
4. senaraikan 3 komponen asas pengurusan perniagaan dan huraikan dengan ringkas setiap satunya
4. -perancangan
menentukan matlamat dan aktiviti yang sesuai untuk mencapai misi dan visi organisasi
- kawalan
proses untuk menilai dari semasa ke semasa sama ada kerja yang di lakukan oleh semua pihak dalam organisasi menjurus kepada pencapaian mkatlamat sesebuah organisasi.
- operasi
proses perlaksanaan aktiviti perniagaan berasaskan perancangan yang sistematik.
5. berikan definisi paten dan hakcipta
paten
-hak monopoli yang dianugerahkan kepada pencipta atau inovator
hakcipta
- hak monopli terhad yang berkaitan dengan perisian, bahan muzik dan literatur.
6. program 'offset' merupakan salah satu kaedah pembangunan teknologi secara luaran. berikan 3 objektif program offset
6. - penggunaan sumber tempatan
- menggalakkan pertumbuhan industri tempatan
- pemindahan teknologi
7. syarikat landmark membawa masuk tenaga kerja asing bagi melatih dan membangunkan tenaga kerja tempatan. apakah kelebihan dan kekurangan memiliki tenaga kerja asing di syarikat tersebut
7. Kebaikan
- Kemungkinan pemindahan teknologi dan kompentasi baru kepada pekerja tempatan
Keburukan
-Timbul pelbagai masalah kebudayaan dan sosial.
8. berikan definisi fasa 'Catch Up' dan fasa 'self-Innovation'
catch-up
-MITI Jepun bertindak sebagai pengawas kepada pembangunan teknologi asin dan sebagai perunding terhadap syarat-syarat perlesenan denagn firma-firma atau inovator asing.
self innovation
- penglibatan pihak kerajaan di kurangkan dan firma sendiri akan memainkan peranan aktif dalam menjana keupayaan inovasi mereka.
9. Clark dan Fujimoto (1991) mengklasifikasikan pasukan pengurusan projek keapda 4 kategori. senaraikan semua kategori tersebut
- sturktur fungsian
- pengurusan projek lightweight
- pengurusan projek heavyweight
- pasukan projek berautonomi
10. Terangkan dengan ringkas 4 strategi yang boleh diambil oleh syarikat di Malaysia bagi menghadapi cabaran pembangunan teknologi pada era globalisasi yang berteraskan pengetahuan
10. - pembaikan teknologi sedia ada.
- penambahan kumpulan teknologi sedia ada
- penghasilan generasi teknologi selanjutnya
- penghasilan teknologi baru.
BAHAGIAN B:10 mARKAH
1. Terangkan dengan ringkas sama ada Malaysia telah berjaya atau tidak dalam pemindahan teknologi khususnya dari Jepun. Apakah masalah-masalah pembangunan teknologi yang dihadapi oleh Malaysia dan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menangani permasalahan ini.
- cabarn berteraskan ilmu
kejayaan masa hadapn bergantung kepada ekonomi yang berasaskan ilmu yang penting dalam menentukan prestasi.ia dapat di lakukan dengan mengenal pasti ilmu yang di perlukan o0leh sesebuah syarikat dan menstruktur dan menyebarkan maklumat tersebut ke semua bahagian syarikat.
cabaran menentukan standard prestasi
- prestasi perlu ditanda aras denagn cara yang terbaiik yang di wujudkan untuk mengawal dan memeriksa kemajuan prestasi dari semaa ke semasa. dalam konteks ini cabaran utama pengusaha adalah untuk membentuk indeks tanda aras yang realistik dan praktikal.
menggalakkan perkongsian strategik
- usahawan tempatan perlu membentuk program yang boleh mengenal pasti dan menerokai pelbagai bentuk kemudahan pakatan kerjasama yang dapat memperkukuhkan perniagaan mereka. Di mana perkongsian ini berfaedah terutamanya pada syarikat kecil yang tidak mempunyai kemahiran dan sumber untuk menjalankan RND atau untuk menjalankan kaji selidik pelanggan.
mempertingkatkan kapasiti
- usahawan perlu melabur secara berterusan bagi meningkatkan keupayaannya supaya mampu bertahan dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah dan tidak menentu.Kedudukan firma juga akan lebih kukuh jika ia bergantung kepada teknologi terkini dengan memaksimumkan penggunaannya.
Malaysia mempunyai segala keupayaan dari segi institusi, organisasi daninfrasturktur untuk melaksanakan dan membangunkan teknologinya sendiri di samping membangunkan sumber manusianya secara beriringan. Malysia cuma perlu melakukan lojakan, bukannya pendekatan secara evolusi dalam menghadapi pembangunan pantas dalam teknologi komunikasi dan maklumat.Denagn ini malaysia belum berjaya sepenuhnya dalam penggunaan pemnidahan teknologi seperti Jepun.
