~Assalamualaikum (^_^)
"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"
Friday, July 20, 2012
.::Bukti Kebaikan Puasa Mengikut Saintis Amerika::.
Kajian saintifik
terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu, sebagai contoh,
boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur,
selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan
kanser.
Berpuasa
pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru
menunjukkan ia perlu diterapkan semula.
Ini
kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan
kesihatan selain perubahan metabolisme badan.
Berpuasa
selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800
kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan
2,500 kalori (lelaki).
Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan
diabetes selain kolestrol ‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darah serta
pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Ketua
Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark
Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak
daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Dalam
satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas,
sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori
sehari untuk satu minggu.
Satu
lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000
kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.
Pakar
diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu
berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain
pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser.
Thursday, July 19, 2012
Saturday, July 14, 2012
Derma Darah...apa bestnya?
Hukum menderma : Harus.
Selain itu, penderma darah akan mendapat manfaat kesihatan yang mana telah disahkan oleh pakar perubatan:
Selain itu, penderma darah akan mendapat manfaat kesihatan yang mana telah disahkan oleh pakar perubatan:
- Menawarkan
pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.
- Memberikan
maklumat mengenai pendidikan kesihatan dan menggalakkan
seseorang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.
- Hasil daripada
proses menderma darah dapat membantu merangsang
penghasilan sel darah merah yang baru dan seterusnya menyegarkan
kembali sistem tubuh. Ini kerana selepas menderma darah, kiraan sel
darah dalam badan akan berkurangan, yang mana akan merangsang sistem
tubuh untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi menggantikan
darah yang telah hilang.
- Menderma darah
dapat mencegah dan mengurangkan pengumpulan zat besi yang berlebihan
dalam tubuh, terutama di kalangan mereka
yang mudah mengalami keadaan ini.
- Kajian mendapati
menderma darah dapat mengurangkan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya
mengurangkan risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu
pertiga.
Ini adalah benar pada golongan lelaki yang tidak merokok yang
kerap atau berulang-kali menderma darah.
Di samping manfaat dari segi kesihatan bagi penderma darah, mari kita
perhatikan ganjaran dan balasan duniawi dan ukhrawi yang lain yang bakal diraih daripada perbuatan menderma
darah berdasarkan hadits Rasulullah S.A.W. Dalil mengenai ganjaran
atau balasan daripada menderma darah
ini diambil secara umum daripada sabda Rasulullah S.A.W. yang dikhabarkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar R.A.
Maksudnya:
“Seorang muslim itu adalah saudara seorang muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan
menyakiti saudaranya tersebut. Barangsiapa yang menanggung
(menolong) hajat saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong) hajatnya.
Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan seorang muslim, maka
Allah akan melepaskan salah satu kesusahannya di antara
kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib)
seorang muslim, maka pada hari Kiamat
kelak Allah akan menutupi (aib) nya.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Orang yang menderma darah itu mendapat jaminan daripada Allah S.W.T dengan berbagai jaminan,
antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits di atas, ditunaikan hajatnya,
dilegakan kesedihannya, ditutup keaiban, kelemahan dan kecacatannya sama
ada semasa di dunia atau di akhirat kelak.
Fakta Derma Darah
Fakta Umum
Menderma
darah adalah selamat dan ringkas. Ia tidak meletakkan anda pada risiko penyakit
kerana semua steril, hanya digunakan sekali dan kemudian dibuang. Secara
puratanya, seseorang mempunyai lima liter atau 10.5 pint darah.Pengumpulan
darah biasa - "seunit" - adalah sekitar setengah liter, atau satu
pint. Tubuh anda akan menggantikan semua darah yang diderma. Proses menderma
darah mengambil masa lebih kurang 10-15 minit. Setiap orang dewasa
yang sihat antara 18 tahun dan 60 tahun boleh menderma darah.
Tips
Derma Darah
Sebelum Menderma
- Sila makan
minimal 3 jam sebelum menderma darah.
- Sila elakkan
diri daripada merokok pada hari sebelum menderma.
Anda
tidak akan memenuhi syarat untuk menderma darah jika anda mengambil alkohol 48 jam
sebelum menderma.
Selepas Menderma
- Sila menerima
makanan ringan yang ditawarkan untuk anda selepas menderma, ia adalah
amat penting bagi anda.Anda disyorkan untuk mengambil
makanan berat nanti.
- Nikmati minuman
ringan dan berehat sekurang-kurangnya 10 - 15 minit.
- Jangan
meninggalkan tempat menderma tanpa kebenaran dari ahli kakitangan.
- Jika anda merasa
pening atau pengsan, baik berbaring atau duduk dengan kepala anda di
antara lutut anda sehingga anda berasa lebih baik.
- Jangan merokok
selama sekurang-kurangnya satu jam.
- Minum lebih
banyak cecair dari biasa.
- Elakkan
pengambilan alkohol untuk 24 jam seterusnya.
- Ambil makanan
berat seterusnya.
- Elakkan
mengangkat beban berat atau bersenam selama 24 jam.
- Biarkan kasa
atau band-bantuan selama 4 - 6 jam, jangan basahkannya.
Salah faham tentang
menderma darah
- Anda tidak akan
merasa lelah atau letih jika anda terus minum cecair dan makan makanan yang
baik.
- Anda boleh
meneruskan aktiviti biasa anda selepas menderma darah, walaupun anda akan diminta
untuk menahan diri dari latihan atau mengangkat beban berat selama dua
belas jam selepas menderma.
- Menderma darah
tidak akan meninggalkan anda pada rendah darah, malah anda akan tetap
memiliki darah surplus selepas menderma.
- Jika anda
memilih untuk mengambil alkohol, anda boleh, pada hari berikutnya.
- Anda tidak akan
berasa sakit semasa menderma darah.
- Anda tidak akan
pengsan atau berasa tidak selesa selepas menderma darah.
- Anda tidak akan
mendapat AIDS jika anda menderma darah.
- Pesakit hanya
seperti penderma- sebahagian besar daripada mereka memiliki jenis
darah yang sama. Kerana golongan darah anda adalah umum, permintaan
untuk jenis umum adalah lebih besar daripada jenis lain. Walau bagaimanapun,
golongan darah umum masih mempunyai keperluan.
·
Penderma menderma darah dan tidak menjualnya
Syarat Penderma
Sila ambil perhatian bahawa maklumat ini boleh berubah. Penentuan
kelayakan terakhir terletak pada kakitangan skrining di klinik penderma.
Anda BOLEH menderma jika..
- anda adalah
antara kumpulan umur 18-60 tahun
- berat badan anda
45 kg atau lebih
- haemoglobin anda
adalah 12.5 gm% minimum
- derma darah
terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini
- anda sihat dan
tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu
- anda telah makan
dan mendapat tidur yang mencukupi
Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, tahniah. Anda berpotensi
untuk menjadi penderma!!
Anda TIDAK BOLEH menderma jika anda mempunyai keadaan ini ..
- sejuk / demam
dalam 1 minggu terakhir
- di bawah rawatan
dengan antibiotik atau ubat lain
- masalah
jantung, hipertensi, epilepsi, diabetes (pada terapi insulin), sejarah
kanser, buah pinggang kronik atau penyakit hati, pendarahan
kecenderungan, penyakit kelamin dll
- pembedahan utama
pada 6 bulan terakhir
- vaksinasi dalam
masa 24 jam terakhir
- mengambil
minuman beralkohol dalam masa 24 jam terakhir
- mengalami
serangan pengsan semasa derma terakhir
- telah secara
teratur menerima rawatan dengan produk-produk darah
- berkongsi jarum
untuk menyuntikkan dadah / memiliki sejarah ketagihan dadah
- mempunyai
hubungan seksual dengan rakan kongsi yang berbeza atau dengan individu
berisiko tinggi
- telah diuji
positif untuk antibodi terhadap HIV
- mempunyai tatoo,
semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit menusuk
dalam 6 bulan terakhir
- mendapat rawatan
gigi (ekstraksi, tampalan, pembersihan, pemulihan)
* Untuk pembersihan atau tampalan: sampai hari selepas rawatan
* Untuk ekstraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi: 72 jam
asalkan ada pemulihan penuh
Wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini ..
- mereka hamil
- mengalami
keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil / menyusui dalam satu tahun
terakhir
- mereka dapat
menderma selepas 6 minggu selepas kelahiran biasa dan ketika mereka
tidak menyusui
- mereka mengalami
menstruasi berat atau kram menstruasi
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/421-kempen-kempen-kerajaan/11482-kempen-derma-darah.html
Monday, July 9, 2012
Tanda-tanda Sakit Jantung
Penyakit Jantung adalah salah satu musuh dunia.
Terlalu ramai yang telah menjadi mangsa. Ada pesakit sendiri tidak mengetahui
yang mereka adalah penghidap penyakit jantung.
Adakah korang mempunyai simptom seperti berikut. Kalau ada, eloklah anda ke hospital untuk membuat pemeriksaan secara terperinci.
Diantara simptomnya adalah ::
1. Cemas
Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.
2. Sakit dada
Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.
3. Batuk atau bersin terus-menerus
Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.
4. Pening
Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.
5. Penat
Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.
6. Mual atau tidak nafsu makan
Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.
7. Sakit di bahagian tubuh lain
Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.
8. Denyut jantung cepat atau tidak teratur
Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung, ataupun aritmia.
9. Sukar bernafas
Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.
10. Berpeluh
Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.
11. Tubuh bengkak
Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.
12. Sangat lemah
Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara jarinya.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA MENGALAMI SERANGAN SAKIT JANTUNG ?
Apabila seseorang itu mengalami sakit jantung, tindakan segera perlu diambil demi keselamatan nyawa mangsa. Ramai mangsa sakit jantung mati akibat daripada lambat bertindak kerana mereka tidak mengenali tanda-tanda penting.
Sebaik sahaja anda rasa sesuatu yang pelik dan anda sangsi anda mungkin mengalami serangan sakit jantung, jangan ragu-ragu, hubungi nombor kecemasan dengan segera untuk dapatkan bantuan perubatan ambulans.
Jika tiada perkhidmatan ambulans, JANGAN cuba bawa kereta ke hospital seorang diri. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau jiran untuk hantar anda ke hospital berdekatan. Memandu semasa tengah mengalami serangan sakit jantung adalah sungguh berbahaya kepada nyawa diri dan orang lain.
Cara Duduk Rasulullah S.A.W.
1) Duduk Bersila.
~ Duduk ini dilakukan dengan
cara menyilangkan kedua kaki yang berada dalam posisi rebah dan terlipat,
sehingga persilangannya ada di antara kedua betis.
~ Rasulullah SAW pernah duduk bersila dari setelah selesai sholat subuh, hingga terbit matahari;
2) Duduk Qurfasha. ~ Duduk ini dilakukan dengan cara melipat lutut dan menegakkannya sehingga kedua telapak kaki menjejak lantai.
~ Kemudian kedua tangan merangkul kedua lutut tersebut. Namun, cara duduk seperti ini dilarang Rasulullah SAW dilakukan ketika mendengarkan khutbah Jum’at (sanad hadistnya Hasan).
3) Duduk Bertinggung. ~ Duduk ini dilakukan seperti berjongkok dengan seluruh telapak kaki menjejak lantai, bahagian punggung(maaf) tidak menyentuh lantai.
~ Rasulullah SAW pernah duduk bertinggung ketika sedang makan kurma.
4) Duduk Iftirasy. ~ Duduk ini sama dengan duduk antara dua sujud mahupun sujud ketika tahiyatul awal dalam sholat.
5) Duduk Tawarruk.
~ Duduk ini sama dengan duduk ketika tahiyatul akhir dalam sholat.

Thursday, July 5, 2012
Wednesday, July 4, 2012
Dugaan Pada Awalnya Kini Bertukar Kepada Hikmah ^_^
Awal progam penuh dengan dugaan...dugaan yang pada awalnya kami rasa seperti tidak mampu untuk menghadapinya.. seolah program itu tidak berjaya nanti...
Namun, dugaan itu kami hadapinya..kami rintanginya dengan penuh ikhlas, semangat, rasa amanah yang dijalankn perlu dilakukan dengan baik...tanggungjawab yang amat besar perlu kami lakukan dengan baik kerana Allah..
Di hari pertama, dengan keadaan kesihatan badan yang tidak sihat, sakit2.. ku kuatkan semangat kerna ku pasti pasti ada hikmah disebalik dugaan ini..
Kami perlu menyambut mereka dengan senyuman, dengan rasa penyanyang..n perlu menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri walaupun baru pertama kali dipertemukan..
Betul kata seorang yang amat kami segani, "Bila kita tunjukkan kasih sayang kita pada mereka, kita ikhlas melakukan kerna Allah, pasti segala kelemahan dapat kita tutupi"
Sekali lagi kami diuji di hari pertama kerna kekurangan penggerak, tapi bila kita berusaha untuk terus di jalanNya..Insyallah Allah akan membantu kita..Ada yang membantu kami dikala kesusahan..
Hari pertama bagi adik-adik kami yang amat menyedihkan...perlu berjauhan dengan keluarga dan memulakan hidup baru...sudah pasti ada yang menangis..sedih...ringkasnya majoriti tidak ceria n happy...
Walau bagaimanapun, semua itu bertukar dengan sekelip mata bila Allah membantu kami dalam segala urusan..Alhamdulillah...dengan bantu Allah beserta kekurangan pengalaman yang ada pada kami, dapat kami menceriakan keadaan adik-adik kami..
Ya Allah, mereka tersenyum, gembira..dengan aktiviti dan kasih sayang yang kami tunjukkan..
Hari pertama yang dilalui dilalui kami semua seperti telah mengenali adik-adik setelah sekian lama..ukuhwah yang terjalin menjadi begitu erat...seperti kami semua saudara kandung..
Alhamdulillah..kepenatan di hari pertama kami semua terubat dengan kegembiraan..semangat adik-adik kami..terima kasih adik-adik...
Taman Tunku Anis..akan menjadi saksi kegembiraan kami semua... adik-adik perlu melakukan aktiviti yang lebih mencabar..explorace..suatu aktiviti yang amat ditunggu oleh adik-adik..
Berbekalkan semangat adik-adik, ku kuatkan diri untuk turut serta walaupun keadaan badan tidak sihat..Ya Allah kuatkan diriku untuk adik-adikku..
Aktiviti bermula dengan semangat yang amat luar biasa dari adik-adik..dengan senyuman.. mereka mulakan explorace..
tujuh check point perlu mereka harungi..perlu melakukan sesuatu yang mungkin mereka tidak pernah lakukan..namun kesemua check point mereka berjaya melakukan dengan jayanya..
walau dalam keadaan panas..namun kejayaan melakukan semua itu membuatkan adik-adik tersenyum...
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti yang menguji psikologi adik-adik..adik-adik perlu berdebat..
dan yang pasti debat utama mestilah dari fasi-fasi..mungkin tanpa mereka sedari..akak-akak n abang-abang dorg lah 'musuh' debat mereka yang sebenar...rasa tidak puas hati pasti ada...
setelah diberi kata dorongan oleh abang2 n akak2..adik-adik telah memahami maksud sebenar..matlamat n tujuan sebenar aktiviti itu dilakukan...rasa tidak puas hati telah bertukar kepada suatu perasaan yang positif dalam diri adik-adik...
Seharian disini pastinya diakhiri dengan gembira..pegalaman, pelajaran yang diterima mereka pasti akan diambil sepenuhnya..ingat adik-adik, apa yang diajar oleh kami semua hanya untuk menjadikan kalian insan yang amat2 berguna selepas ini...
Senyuman manis pengubat penat, semoga ukuhwah terus terjalin
Masih ceria setelah explorace selesai.. Pengalaman yang pasti terus diingati
"Mini Masir terbaek!!!" Kata semua insan ini
"Mini Masir semporna"
Namun, dugaan itu kami hadapinya..kami rintanginya dengan penuh ikhlas, semangat, rasa amanah yang dijalankn perlu dilakukan dengan baik...tanggungjawab yang amat besar perlu kami lakukan dengan baik kerana Allah..
Di hari pertama, dengan keadaan kesihatan badan yang tidak sihat, sakit2.. ku kuatkan semangat kerna ku pasti pasti ada hikmah disebalik dugaan ini..
Kami perlu menyambut mereka dengan senyuman, dengan rasa penyanyang..n perlu menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri walaupun baru pertama kali dipertemukan..
Betul kata seorang yang amat kami segani, "Bila kita tunjukkan kasih sayang kita pada mereka, kita ikhlas melakukan kerna Allah, pasti segala kelemahan dapat kita tutupi"
Sekali lagi kami diuji di hari pertama kerna kekurangan penggerak, tapi bila kita berusaha untuk terus di jalanNya..Insyallah Allah akan membantu kita..Ada yang membantu kami dikala kesusahan..
Hari pertama bagi adik-adik kami yang amat menyedihkan...perlu berjauhan dengan keluarga dan memulakan hidup baru...sudah pasti ada yang menangis..sedih...ringkasnya majoriti tidak ceria n happy...
Walau bagaimanapun, semua itu bertukar dengan sekelip mata bila Allah membantu kami dalam segala urusan..Alhamdulillah...dengan bantu Allah beserta kekurangan pengalaman yang ada pada kami, dapat kami menceriakan keadaan adik-adik kami..
Ya Allah, mereka tersenyum, gembira..dengan aktiviti dan kasih sayang yang kami tunjukkan..
Hari pertama yang dilalui dilalui kami semua seperti telah mengenali adik-adik setelah sekian lama..ukuhwah yang terjalin menjadi begitu erat...seperti kami semua saudara kandung..
Alhamdulillah..kepenatan di hari pertama kami semua terubat dengan kegembiraan..semangat adik-adik kami..terima kasih adik-adik...
Sebagaimana terbentuknya susunan lilin berbentuk hati ini, seperti itu hati akak..akak sayang korg semua ;)
Hari kedua kini tiba..hari yang mungkin akan kami lalui dengan penuh cabaran..aktiviti di luar kolej..dapatkan kami melalukannya?? Ya Allah..Dia telah permudahkan urusan kami sekali lagi..Terima Kasih Ya Allah... ;)Taman Tunku Anis..akan menjadi saksi kegembiraan kami semua... adik-adik perlu melakukan aktiviti yang lebih mencabar..explorace..suatu aktiviti yang amat ditunggu oleh adik-adik..
Berbekalkan semangat adik-adik, ku kuatkan diri untuk turut serta walaupun keadaan badan tidak sihat..Ya Allah kuatkan diriku untuk adik-adikku..
Aktiviti bermula dengan semangat yang amat luar biasa dari adik-adik..dengan senyuman.. mereka mulakan explorace..
tujuh check point perlu mereka harungi..perlu melakukan sesuatu yang mungkin mereka tidak pernah lakukan..namun kesemua check point mereka berjaya melakukan dengan jayanya..
walau dalam keadaan panas..namun kejayaan melakukan semua itu membuatkan adik-adik tersenyum...
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti yang menguji psikologi adik-adik..adik-adik perlu berdebat..
dan yang pasti debat utama mestilah dari fasi-fasi..mungkin tanpa mereka sedari..akak-akak n abang-abang dorg lah 'musuh' debat mereka yang sebenar...rasa tidak puas hati pasti ada...
setelah diberi kata dorongan oleh abang2 n akak2..adik-adik telah memahami maksud sebenar..matlamat n tujuan sebenar aktiviti itu dilakukan...rasa tidak puas hati telah bertukar kepada suatu perasaan yang positif dalam diri adik-adik...
Seharian disini pastinya diakhiri dengan gembira..pegalaman, pelajaran yang diterima mereka pasti akan diambil sepenuhnya..ingat adik-adik, apa yang diajar oleh kami semua hanya untuk menjadikan kalian insan yang amat2 berguna selepas ini...
Senyuman manis pengubat penat, semoga ukuhwah terus terjalin
Masih ceria setelah explorace selesai.. Pengalaman yang pasti terus diingati
"Mini Masir terbaek!!!" Kata semua insan ini
"Mini Masir semporna"
Subscribe to:
Posts (Atom)