Abu Huraiah (r.a) berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kamu tidak akan masuk syurga sampai kamu beriman dan kamu belum beriman sampai kamu saling sayang-menyayangi . Sukakah kamu saya runjukkan sesuatu jika kamu kerjakan akan timbul kasih sayang di antara mu? Sebarlah salam sesama mu"
Maksudnya:
Apabila kita mengucap salam kepada seorang Islam yang lain dan dijawabnya pula, kita sebenarnya telah mendoakan kesejahteraan masing-masing. Maka akan bertambah eratlah persahabatan di antara kita. Ini adalah suatu tanda orang-orang yang beriman.