Terjemahan:
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang mukmin sesama mukmin lain bagaikan bangunan yang saling menguatkan."
Keterangan:
Orang-orang mukmin, tidak kira bangsa ataupun bahasa, harus bekerjasama di dalam hal-hal yang baik. Kalau kita mendapati bahawa kawan kita agak lemah di dalam sesuatu perkara, hendaklah kita menolongnya supaya dapat maju bersama kita.