~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Sunday, March 18, 2012

Aurat Muslimah

AURAT

Akibat tidak menutup aurat, dosa wanita buka aurat 2kali ganda bebanding lelaki yang tengok 1 kali ganda… Wanita yang tidak menutup aurat, khususnya ketika berada di luar, amatlah rugi. contohnya, seorang gadis tidak bertudung keluar pergi ke KLCC, di KLCC itu pula contohnya terdapat 3,000 manusia yang bukan muhrim, setiap kali pandangan lelaki itu, wanita tersebut mendapat 'dosa 2 kali ganda' dari lelaki yang melihat (1 kali ganda), kerana wanita itu yang menyebabkan lelaki2 tersebut tertarik untuk melihat, subhanallah, cuba bayangkan betapa banyaknya dosa kita, belum lagi dicampur dengan dosa2 kita yang lain seperti melawan cakap kedua ibu bapa, menipu, dan lain2. dalam hal lain pula, saya ambil contoh,
terdapat wanita bermain internet, contohnya myspace atau friendster, dia menayangkan gambarnya yang tidak bertudung. Kemudian kita bayangkan pula berapa ramai kaum lelaki yang visit page kita, kalau dalam sehari ada 1000 orang, cuba bayangkan pula jika hari2 mereka dan orang lain visit page kita dan melihat gambar kita tidak bertudung dan mendedahkan tubuh badan, lihatlah terlalu senang kita mengumpul dosa, apa yang sedihnya, walaupun kita berada di dalam rumah dan ketika itu kita sedang bersolat, dosa tidak berhenti2 berjalan atas kerana sekeping gambar kita'. fikir2kanlah. Neraka, Syurga itu wujud, Azab Allah itu wujud, kematian itu wujud, ujian Allah itu wujud.

KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu."

BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERLIHATKAN?

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (Hadis Riwayat Abu Daud).

MUKA DAN TANGAN: Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

Di dalam Surah An Nisaa: Ayat 34, Allah S.W.T Berfirman:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita."

Di dalam Surah Al-A'raf: ayat 26, Allah S.W.T Berfirman:
"Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.

MUKA DAN LEHER: "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu."

a) Bersolek (Make Up)
b) Menurut Miqtil: "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah"

DADA: "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka."

WANGIAN: "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."

KAKI (Tumit Kaki): "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (An Nur: 31)
a) Menampakkan kaki.
b) Menghayunkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki.

KEPADA SIAPA AURAT WANITA BOLEH DIPERLIHATKAN?

"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan." (An Nur: 31)

Akibat Tidak Menutup Aurat dari segi Perubatan

1. Mencegah penyakit kanser kulit
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya. Penelitian kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari. Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit. Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV boleh menembus pakaian yang ketat apatah lagi pakaian yang jarang. 2.Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria jilbab iaitu pakaian yang tebal dan menutup seluruh bentuk tubuh anda.

2. Melambatkan gejala penuaan
Penuaan adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain. Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit. Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah.Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.

3. Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.