~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Thursday, August 23, 2012

Dimanakah Pemuda Berani?

Setiap insan yang telah menjejaki tahap usia sekarang pasti akan melalui perkara yang sama... mencari pemuda yang berani...pemuda yang berani? apa maksudnya?
Pemuda yang ikhlas menyayangi seseorang kerana Allah dan pemuda yang berani berterus terang...berterus terang pada si dia? pastinya tidak..tetapi Pemuda Berani yang berani berterus terang pada keluarga si dia...
Berani menyampaikan hasrat dirinya...berani meluahkan hasratnya...bukan menyimpan dan menanti kepada sesuatu yang tidak pasti di kerana luahan yang kaku
Belum cuba sesuatu yang tidak pasti... jangan membuat
keputusan sebelumnya, kelak anda akan menyesal
Pemuda Berani,
nukilan ini buatmu,
aku tidak pandai bermadah,
aku tidak pandai berkata-kata sepertimu,
aku tidak sebaik seperti yang kau sangkakan,
aku tidak sesopan yang kau lihat,
aku tidak solehah seperti yang kau inginkan,
aku seperti kau juga melalui transformasi
aku masih dalam proses perubahan,
aku dalam proses mempelajari,
aku dalam proses mengenal lebih tentang agamaNya,
aku masih lemah di dalam agamaNya,
aku tidak sekuat dan setabah Siti Mariam,
Jika kau dapat menerima 1001 kelemahan dan kekurangan ini,
Jika kau dapat menerima diri ku sebelum dan semasa proses perubahan,
Jika kau dapat menjadi imam solat ku,
Jika kau lakukan ini kerna Allah,
Beranikan dirimu untuk berjumpa waliku,
Beranikan dirimu untuk meluahkan dan meneruskan hasrat hatimu yang terpendam itu,
Tunaikan hasrat dirimu sebelum terlambat,

Berjuanglah..jangan kau rasa tidak layak sebelum kau berjuang
Sesungguhnya ku menanti seseorang yang berani menyampaikan hasratnya kepada keluargaku...

Saturday, August 11, 2012

.:: Kenangan bersama Arwah Tok Nah ::. (T_T)

Bulan Puasa (Dulu)

"Tok nak pesan papa tak? nak pi bazar ni" call tok sebelum g bazar.." tak payah beli papa la...tok makan apa ada ja ni" itu lah tok...makan makanan yg dia masak..."Tok ni kuih..ayah beli time pi bazar tadi"..."Awat banyak sangat? nanti tak habis"jawab tok. Pada hal kuih 3 biji ja pon.."tak pa mkan sahuq nt hihi" itu lah jawapan kami hihi...
"nanti bawak mai tapoware..tok da goreng mi ni" tiap kali puasa ada ja panggilan soh amik lauk atau mkanan kt umah tok..tok rajin masak..selalu klu ada mkanan dy bg mesti mknan hbis dulu punya la...cucuq kodok..mee kering goreng..kuih cara n banyak lagi mkann dy buat bg kat kami.."tok masak klu mkan sorg mn nak habis..bg hampa mkan la"
"nanti raya  nak nasi tomato ka nasi minyak?" tok selalu tnya soalan ni kat kami sbelom puasa...tapi selalu tukang atur menu si haziq la..cucu kesayangan dia haha "tok buat nasi tomato dengan ayam masak merah ka gulai ayam ka nah" haziq bg jawapannya haha... "nanti tok pi pasar minggu tok pi beli ayam"...... ;) 

Sebelum Hari Raya (Dulu)

 Tok call..."Siti, tanya mak nak ketupat berapa ratus? tok nak orrder kat Kak Piah.."
Dulu tiap kali sebelum raya tok la main peranan tempah ketupat utk kami...dah tempah byk2 kami akan bahagi utk 3 rumah sekali gus..rumah kami, rumah tok n rumah tok cik...
Tok call..."Nanti suruh Haziq ka Thaqif ka tolong tok tukaq langsir rumah dgan bilik..bawa tangga siap2.." kami akan pi tolong tok bersih rumah dia sebelum raya...dia mana larat nak buat sorang tapi tok bukan seorang yang suka susahkan orang...selalu jg buat sendiri..mop 1 rumah sendiri...tebas pokok pisang dia...pi market sendiri...bayar bil sendiri..bila minx nak bayar mesti tok kata "pi pasar minggu ngan kuar bayaq bil sj pon....klu tak kuaq buat semua ni tok xlh kuar pi mana" tapi tu alasan ja nk kuaq jalan naik bas @ teksi sendiri....
"tok ni biskut raya..mak tempah kat mak cik ani, kerepek ni ayah beli kat kawan pejabat dia" kataku..."awat banyak sangat? sapa nak makan? bukan ada sapa nak makan nanti" itu lah jawapan yang pastinya..."ala nanti sapa mai tok bg la mkan..ada nanti tukang habisnya" 

Hari Raya (Dulu)


"Tok masak nasik tomato, sat g mai makan"tok call gtau..."mesti pi pnya nanti hihi" setiap kali tiba hari ray, tok wajib akan masak nasi utk anak menantu n cucu2 dia...raya pertama mesti pi mkan kt umah dia..umah 1st yg akan kmi tuju pas sembahyang raya.... "tok, nak makan nasi, lapaq"....pi siap masak dh...kami pi makan ja...e2 la tok nah kami...pi semua siap dh...clear..pi isi perut ja...makan sah sampai sengkak la suma org...masakan tersedap katakan...


nasi tomato gambar ni tak sesedap nasi tomato tok masak  
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tapi tu semua hanya akan tinggal kenangan buat kami sekeluarga....tak ada lagi call nak bg makanan, tak ada lagi minx cadangan menu..tak ada lagi nasi tomato..tak ada lagi sambal belacan tok...

Tok telah pergi ke rahmatullah pada 10Jun 2012..seminggu lpas kenduri abg n kak mira...sehari sebelum birthday haziq(11 Jun)...

10 Jun 2012 

"Tok macam mana?" mak call dari sekolah. time ni tok cik (adik tok) , Pak Cik Najib, Ayah n Thaqif ada kat umah dahpakat baca yasin kat tok..."Mak minx la kat guru besaq balik..makin terok ja ti tengok"
"siti, pi amik haziq kt sekolah" ayah minta ambil haziq sbb ni hari sekolah...jadi ku pacu la kereta pi sekolah ambik haziq...balik umah.."siti call abg (time ni kat kelantan, kerja) soh dia balik sg petani, tapi pesan jangan bawa laju sangat, cakap tok makin nazak" pak cik najib minta call abg...."pi gtau pak cik mat ngan cik jah cakap tok nazak"...jadi ramai la jiran2 datang ke rumah membaca yasin kat tok...aku dari semalam check nadi tok...mmg xda jmpa dah..bla tgok keadaan dia mmg dh tgak ada tanda2nya...ku hnya mampu pandang mak ja...dalam hati Ya Allah, jika bagi Kau tok pergi pada hari esok, dan itulah yang terbaik dan tidak seksanya, maka kami redha Kau mengambil tok....pak su n mak su ada kat umah n baca yasin kat tok...sedih n air mata di lihat di wajah mereka...
Jam dah nak masuk waktu Zohor..disebab ramai jiran dalam bilik tgok n baca yasin kat tok..aku kuaq g ambil wuduk...masuk bilik nak sembahyang dah...
"ti, tok dah xada" thaqif ketuk pintu bilik dengan linangan air mata...terkejut macam nak pengsan di sertai dengan linangan air mata..kami berlari ke bilik tok...tok mmg dah pergi...kata tok cik, tok pi tenang sgt2...sedaq2 tok dah xda...kata mak cik liza seorang nurse, mmg dh xda pernafasan n jantung dah stop...linangan air mata kami semua... tok dah kembali ke rahmatullah...yang pasti paling sedih n tangisan kuat adalah adik2 ku.... Haziq n nisrina.."esok birthday haziq, pas ni macam mana nak sambut birthday, tok dah 
xda hari ni esok brthday haziq" linangan air mata tiada henti oleh haziq n nisrina n bertambah kuat lagi. ku peluk mereka...hanya air mata n sedikit nasihat dapat ku berikan...jadi bermula la kami membuat persiapan utk mandikan tok...memanggil pak imam masjid, cari kain batik..n macam2 lagi...call kawan2 n sanak keluarga sudah pasti utk memaklumkan....
2 org mak cik datang utk mandikan jenazah tok, aku, mak, tok cik, sepupu mak n mak cik salina(jiran)  memandikan jenazah tok..ternyata tok macam tidoq ja...hampir 2 jam lebih kami mandikan...selesai mandi aku kuar nak amik kain batik...Masyallah ramainya orang...padat rumah...tok mmg ada rmai kawan n rmai sgt hormati dia....
 Sebelum Azan Asar, jenazah tok di bawa ke masjid utk di sembahyang kan...selepas itu, kami menuju ke tanah perkuburan Taman Kelisa(kalau xsilap) ..maka itulah kali terakhir kami melihat jenazah tok..tok selamat di kebumikan..... Ya Allah kau tempatkan tok bersama org beriman...kata ku di dalam hati setelah selesai semuanya....


selesai pengkebumian
tempat Kubur tok dtempatkan








Friday, August 3, 2012

.::Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim::.


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

.::Perhiasan Rumah yang dilarang Islam::.


RUMAH adalah tmpt perlindungan & beristirahat… Pastinya setiap org inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah… Dlm mencari ketenangan, tentu shj kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya brg2 yg boleh mendtgkan kemusyrikan kpd kita…
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati”…

Manakala dl surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tmpt yg menyenangkan”…

Oleh itu, dlm menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur2 berbentuk syirik spt patung… Ini krn, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dlm rumah, krn malaikat tidak akn masuk ke dlm rumah yg mengandungi patung…
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung”…
Begitu juga dgn rumah2 yg dihiasi dgn gmbr yg berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian & seumpamanaya…
Kdg kala, terdpt rumah yg mempunyai kwsn yg luas & pd zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sbb wujudnya gmbr2 berunsur kemaksiatan, patung2 hiasan & seumpamanya…
CACATKAN ANGGOTA PATUNG
Sekiranya terdpt perhiasan berbentuk patung di dlm rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya spt patahkan kepala patung tersebut / yg sewaktu dgnnya…
Ini berdsrkan sebuah hadis yg menceritakan ttg keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. krn di pintu rumahnya ada sebuah patung…
Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kpd Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi spt sepohon pokok…(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)
Dgn kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akn diagung2 kan… Bagaimanapun, patung2 permainan yg digunakan oleh anak2 perempuan dibolehkan dlm Islam krn permainan sebegini ini sekurang2 nya boleh mengjr anak2 utk masa akn dtg cara mendidik anak2 mereka…

TIDAK BERNYAWA
Menyentuh isu perhiasan yg dibolehkan dlm Islam, adlh spt ayat2 suci al-Quran, pokok, gmbr pemandangan / benda yg tidak bernyawa…
Tidak salah dlm Islam membuat perhiasan drpd gmbr berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai & sbgnya yg selari dgnnya…
Cuma, yg tidak dibnrkan oleh Islam antaranya ialah gmbr2 artis yg memperagakan auratnya utk tatapan umum / gmbr org kafir (org bkn Islam) yg melakukan musyrik terhdp Allah s.w.t…
Islam tidak menggalakkan gmbr2 spt ini krn ia melambangkan keagungan / timbul perasaan memuja mereka…
Menggantungkan gmbr2 org alim dibnrkan sbb ia dilht dr sudut ketokohan & kelbihan ilmunya & Islam mengharuskan gmbr sebegini utk dijadikan contoh…
Begitu juga dgn gmbr2 keluarga / haiwan yg diambil scr fotografi dibnrkan krn boleh menjdi kenangan…

SEKSAAN HARI KIAMAT
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dr emas & perak krn bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan bsr akn menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak & ingin menunjuk2 kemewahan yg ada padanya…
Larangan ini adlh utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yg berlebihan antara golongan kaya & miskin…
Manakala bekas2 acuan kuih-muih yg berbentuk haiwan, ia dibolehkan krn acuan2 ini akn dibuat dlm bentuk mknan yg akhirnya yg akn di mkn, tidak disimpan & tidak kekal maka ia dibolehkan…
Begitu juga halnya dgn permaidani yg ada gmbr binatang, tidak haram diltkan di dlm rumah sbb ia diltkkan di dlm kedudukan rendah… Permaidani akn dipijak & ia akn tidak membygkan ia diagungkan…
Islam juga mengingatkan, org yg mengukir & memahat patung akn menerima azab yg dahsyat pd hari kiamat… Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya org yg paling brt brt seksaannya pd hari kiamat ialah org yg membuat ukiran / memahat patung ini… Dlm 1 riwayat ditrgkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah”… (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dlm hadis lain yg diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yg membuat patung, pd hari kiamat nanti dia akn dipaksa utk meniupkan roh pdnya, pd hal dia selamanya tidak dpt meniupkan roh itu…

Mksd hadis ini ialah, Allah akn menyuruh org yg membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu shj  merupakan 1 seksaan & peghinaan krn bukan kerja manusia meniupkan roh

Sumber: 
http://www.myberita.com/perhiasan-rumah-yang-dilarang-islam/