~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Tuesday, September 8, 2009

Malu bererti iman

Terjemahan:
Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya perasaan malu itu adalah sebahagian dari iman."

Keterangan:
Selalunya, orang yang tidak mempunyai perasan malu akan membuat apa sahaja menurut kehendak hatinya, tanpa memikirkan samada apa yang dilakukan bertentangan dengan adat atau hukum agama dan negara. Sebaliknya orang yang mempunyai perasan malu akan memikirkan apakah perbuatan yang akan dilakukan adalah salah dan hanya akan menjatuhkan harga dirinya.

Setiap mukmin harus menguatkan mukmin yang lain

Terjemahan:
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang mukmin sesama mukmin lain bagaikan bangunan yang saling menguatkan."

Keterangan:
Orang-orang mukmin, tidak kira bangsa ataupun bahasa, harus bekerjasama di dalam hal-hal yang baik. Kalau kita mendapati bahawa kawan kita agak lemah di dalam sesuatu perkara, hendaklah kita menolongnya supaya dapat maju bersama kita.

Mengucap salam...

Abu Huraiah (r.a) berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kamu tidak akan masuk syurga sampai kamu beriman dan kamu belum beriman sampai kamu saling sayang-menyayangi . Sukakah kamu saya runjukkan sesuatu jika kamu kerjakan akan timbul kasih sayang di antara mu? Sebarlah salam sesama mu"


Maksudnya:

Apabila kita mengucap salam kepada seorang Islam yang lain dan dijawabnya pula, kita sebenarnya telah mendoakan kesejahteraan masing-masing. Maka akan bertambah eratlah persahabatan di antara kita. Ini adalah suatu tanda orang-orang yang beriman.

Apa itu cinta dalam al-quran?

Cinta terbahagi kepada 5 cabang..
  1. Cinta pertama ialah pada ALLAH S.W.T
  2. Cinta kedua adalah pada RASUL
  3. Cinta ketiga ialah pada IBU BAPA
  4. Cinta keempat adalah pada ILMU
  5. Cinta yg terakhir adalah cinta SESAMA INSAN...

Anda kaji dan fikirlah tahap cinta anda?? sekarang..adakah yg pertama? kedua atau yg mana satu?? kaji lah...dan renung2 lah

Dakwah seseorang yg bergelar pelajar

Semalam ira dok msg ngan seseorg...nama dia biar la rahsia lu...bekas budak poli jg..kenal sgt..nk rahsia bkn apa...dia suka berdakwah Islam kt org....yg ira puji dia xsuka menunjuk2 kt org dia suka berdakwah...dia berdakwah secara diam n xpaksa org....ira xtau lak dulu dia sekolah pondok Tok Guru Nik Aziz kt kelantan sejak umur 6 tahun sampai la 13 tahun...moga2 dakwah dia akan berterusan memperoleh kejayaan untuk Islam..Amin.....