~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Sunday, September 23, 2012

.::Ku Menanti...My Dream::.

"Ya Allah, jika dia adalah imamku, ku pohon padaMu,
Kau permudahkanlah segala urusan kami"


"Ini yang ku mahukan"

.:: (T_T) ::.

"Setelah sekian lama tidak mengendahkan lamanku ini..kini ku kembali...mungkin kembali sekejab saja...final exam dah tak lama.." -Insan Lemah-


Ku tak pasti dengan hati ku.. ku tidak mengerti dengan hati ku.. ku tak tahu apa yang hati ku mahu..

ku buntu...apa yang perlu ku lakukan... apa yang ku mahu kan... apa yang akan berlaku... apa yang perlu dilakukan... Ya Allah ku tak pasti semua ni... ku tidak mahu mengecewakan sesiapa... adakah ku akan mengecewakan orang itu?? Ku tidak mahu dan setidak2nya mahu kecewakan sesiapa pun...jika ikutkan hati ku tahu apa ku mahu..tapi dek terfikirkan hati n perasaan orang ku jadi tak tentu arah..ku takut kecewa dan sakitkan hati orang

Jiwaku kosong ke??  (T_T)


"Ku pohon padaNya andai hati kau yang ku pohon"

Thursday, August 23, 2012

Dimanakah Pemuda Berani?

Setiap insan yang telah menjejaki tahap usia sekarang pasti akan melalui perkara yang sama... mencari pemuda yang berani...pemuda yang berani? apa maksudnya?
Pemuda yang ikhlas menyayangi seseorang kerana Allah dan pemuda yang berani berterus terang...berterus terang pada si dia? pastinya tidak..tetapi Pemuda Berani yang berani berterus terang pada keluarga si dia...
Berani menyampaikan hasrat dirinya...berani meluahkan hasratnya...bukan menyimpan dan menanti kepada sesuatu yang tidak pasti di kerana luahan yang kaku
Belum cuba sesuatu yang tidak pasti... jangan membuat
keputusan sebelumnya, kelak anda akan menyesal
Pemuda Berani,
nukilan ini buatmu,
aku tidak pandai bermadah,
aku tidak pandai berkata-kata sepertimu,
aku tidak sebaik seperti yang kau sangkakan,
aku tidak sesopan yang kau lihat,
aku tidak solehah seperti yang kau inginkan,
aku seperti kau juga melalui transformasi
aku masih dalam proses perubahan,
aku dalam proses mempelajari,
aku dalam proses mengenal lebih tentang agamaNya,
aku masih lemah di dalam agamaNya,
aku tidak sekuat dan setabah Siti Mariam,
Jika kau dapat menerima 1001 kelemahan dan kekurangan ini,
Jika kau dapat menerima diri ku sebelum dan semasa proses perubahan,
Jika kau dapat menjadi imam solat ku,
Jika kau lakukan ini kerna Allah,
Beranikan dirimu untuk berjumpa waliku,
Beranikan dirimu untuk meluahkan dan meneruskan hasrat hatimu yang terpendam itu,
Tunaikan hasrat dirimu sebelum terlambat,

Berjuanglah..jangan kau rasa tidak layak sebelum kau berjuang
Sesungguhnya ku menanti seseorang yang berani menyampaikan hasratnya kepada keluargaku...

Saturday, August 11, 2012

.:: Kenangan bersama Arwah Tok Nah ::. (T_T)

Bulan Puasa (Dulu)

"Tok nak pesan papa tak? nak pi bazar ni" call tok sebelum g bazar.." tak payah beli papa la...tok makan apa ada ja ni" itu lah tok...makan makanan yg dia masak..."Tok ni kuih..ayah beli time pi bazar tadi"..."Awat banyak sangat? nanti tak habis"jawab tok. Pada hal kuih 3 biji ja pon.."tak pa mkan sahuq nt hihi" itu lah jawapan kami hihi...
"nanti bawak mai tapoware..tok da goreng mi ni" tiap kali puasa ada ja panggilan soh amik lauk atau mkanan kt umah tok..tok rajin masak..selalu klu ada mkanan dy bg mesti mknan hbis dulu punya la...cucuq kodok..mee kering goreng..kuih cara n banyak lagi mkann dy buat bg kat kami.."tok masak klu mkan sorg mn nak habis..bg hampa mkan la"
"nanti raya  nak nasi tomato ka nasi minyak?" tok selalu tnya soalan ni kat kami sbelom puasa...tapi selalu tukang atur menu si haziq la..cucu kesayangan dia haha "tok buat nasi tomato dengan ayam masak merah ka gulai ayam ka nah" haziq bg jawapannya haha... "nanti tok pi pasar minggu tok pi beli ayam"...... ;) 

Sebelum Hari Raya (Dulu)

 Tok call..."Siti, tanya mak nak ketupat berapa ratus? tok nak orrder kat Kak Piah.."
Dulu tiap kali sebelum raya tok la main peranan tempah ketupat utk kami...dah tempah byk2 kami akan bahagi utk 3 rumah sekali gus..rumah kami, rumah tok n rumah tok cik...
Tok call..."Nanti suruh Haziq ka Thaqif ka tolong tok tukaq langsir rumah dgan bilik..bawa tangga siap2.." kami akan pi tolong tok bersih rumah dia sebelum raya...dia mana larat nak buat sorang tapi tok bukan seorang yang suka susahkan orang...selalu jg buat sendiri..mop 1 rumah sendiri...tebas pokok pisang dia...pi market sendiri...bayar bil sendiri..bila minx nak bayar mesti tok kata "pi pasar minggu ngan kuar bayaq bil sj pon....klu tak kuaq buat semua ni tok xlh kuar pi mana" tapi tu alasan ja nk kuaq jalan naik bas @ teksi sendiri....
"tok ni biskut raya..mak tempah kat mak cik ani, kerepek ni ayah beli kat kawan pejabat dia" kataku..."awat banyak sangat? sapa nak makan? bukan ada sapa nak makan nanti" itu lah jawapan yang pastinya..."ala nanti sapa mai tok bg la mkan..ada nanti tukang habisnya" 

Hari Raya (Dulu)


"Tok masak nasik tomato, sat g mai makan"tok call gtau..."mesti pi pnya nanti hihi" setiap kali tiba hari ray, tok wajib akan masak nasi utk anak menantu n cucu2 dia...raya pertama mesti pi mkan kt umah dia..umah 1st yg akan kmi tuju pas sembahyang raya.... "tok, nak makan nasi, lapaq"....pi siap masak dh...kami pi makan ja...e2 la tok nah kami...pi semua siap dh...clear..pi isi perut ja...makan sah sampai sengkak la suma org...masakan tersedap katakan...


nasi tomato gambar ni tak sesedap nasi tomato tok masak  
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tapi tu semua hanya akan tinggal kenangan buat kami sekeluarga....tak ada lagi call nak bg makanan, tak ada lagi minx cadangan menu..tak ada lagi nasi tomato..tak ada lagi sambal belacan tok...

Tok telah pergi ke rahmatullah pada 10Jun 2012..seminggu lpas kenduri abg n kak mira...sehari sebelum birthday haziq(11 Jun)...

10 Jun 2012 

"Tok macam mana?" mak call dari sekolah. time ni tok cik (adik tok) , Pak Cik Najib, Ayah n Thaqif ada kat umah dahpakat baca yasin kat tok..."Mak minx la kat guru besaq balik..makin terok ja ti tengok"
"siti, pi amik haziq kt sekolah" ayah minta ambil haziq sbb ni hari sekolah...jadi ku pacu la kereta pi sekolah ambik haziq...balik umah.."siti call abg (time ni kat kelantan, kerja) soh dia balik sg petani, tapi pesan jangan bawa laju sangat, cakap tok makin nazak" pak cik najib minta call abg...."pi gtau pak cik mat ngan cik jah cakap tok nazak"...jadi ramai la jiran2 datang ke rumah membaca yasin kat tok...aku dari semalam check nadi tok...mmg xda jmpa dah..bla tgok keadaan dia mmg dh tgak ada tanda2nya...ku hnya mampu pandang mak ja...dalam hati Ya Allah, jika bagi Kau tok pergi pada hari esok, dan itulah yang terbaik dan tidak seksanya, maka kami redha Kau mengambil tok....pak su n mak su ada kat umah n baca yasin kat tok...sedih n air mata di lihat di wajah mereka...
Jam dah nak masuk waktu Zohor..disebab ramai jiran dalam bilik tgok n baca yasin kat tok..aku kuaq g ambil wuduk...masuk bilik nak sembahyang dah...
"ti, tok dah xada" thaqif ketuk pintu bilik dengan linangan air mata...terkejut macam nak pengsan di sertai dengan linangan air mata..kami berlari ke bilik tok...tok mmg dah pergi...kata tok cik, tok pi tenang sgt2...sedaq2 tok dah xda...kata mak cik liza seorang nurse, mmg dh xda pernafasan n jantung dah stop...linangan air mata kami semua... tok dah kembali ke rahmatullah...yang pasti paling sedih n tangisan kuat adalah adik2 ku.... Haziq n nisrina.."esok birthday haziq, pas ni macam mana nak sambut birthday, tok dah 
xda hari ni esok brthday haziq" linangan air mata tiada henti oleh haziq n nisrina n bertambah kuat lagi. ku peluk mereka...hanya air mata n sedikit nasihat dapat ku berikan...jadi bermula la kami membuat persiapan utk mandikan tok...memanggil pak imam masjid, cari kain batik..n macam2 lagi...call kawan2 n sanak keluarga sudah pasti utk memaklumkan....
2 org mak cik datang utk mandikan jenazah tok, aku, mak, tok cik, sepupu mak n mak cik salina(jiran)  memandikan jenazah tok..ternyata tok macam tidoq ja...hampir 2 jam lebih kami mandikan...selesai mandi aku kuar nak amik kain batik...Masyallah ramainya orang...padat rumah...tok mmg ada rmai kawan n rmai sgt hormati dia....
 Sebelum Azan Asar, jenazah tok di bawa ke masjid utk di sembahyang kan...selepas itu, kami menuju ke tanah perkuburan Taman Kelisa(kalau xsilap) ..maka itulah kali terakhir kami melihat jenazah tok..tok selamat di kebumikan..... Ya Allah kau tempatkan tok bersama org beriman...kata ku di dalam hati setelah selesai semuanya....


selesai pengkebumian
tempat Kubur tok dtempatkan








Friday, August 3, 2012

.::Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim::.


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

.::Perhiasan Rumah yang dilarang Islam::.


RUMAH adalah tmpt perlindungan & beristirahat… Pastinya setiap org inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah… Dlm mencari ketenangan, tentu shj kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya brg2 yg boleh mendtgkan kemusyrikan kpd kita…
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati”…

Manakala dl surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tmpt yg menyenangkan”…

Oleh itu, dlm menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur2 berbentuk syirik spt patung… Ini krn, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dlm rumah, krn malaikat tidak akn masuk ke dlm rumah yg mengandungi patung…
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung”…
Begitu juga dgn rumah2 yg dihiasi dgn gmbr yg berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian & seumpamanaya…
Kdg kala, terdpt rumah yg mempunyai kwsn yg luas & pd zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sbb wujudnya gmbr2 berunsur kemaksiatan, patung2 hiasan & seumpamanya…
CACATKAN ANGGOTA PATUNG
Sekiranya terdpt perhiasan berbentuk patung di dlm rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya spt patahkan kepala patung tersebut / yg sewaktu dgnnya…
Ini berdsrkan sebuah hadis yg menceritakan ttg keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. krn di pintu rumahnya ada sebuah patung…
Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kpd Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi spt sepohon pokok…(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)
Dgn kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akn diagung2 kan… Bagaimanapun, patung2 permainan yg digunakan oleh anak2 perempuan dibolehkan dlm Islam krn permainan sebegini ini sekurang2 nya boleh mengjr anak2 utk masa akn dtg cara mendidik anak2 mereka…

TIDAK BERNYAWA
Menyentuh isu perhiasan yg dibolehkan dlm Islam, adlh spt ayat2 suci al-Quran, pokok, gmbr pemandangan / benda yg tidak bernyawa…
Tidak salah dlm Islam membuat perhiasan drpd gmbr berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai & sbgnya yg selari dgnnya…
Cuma, yg tidak dibnrkan oleh Islam antaranya ialah gmbr2 artis yg memperagakan auratnya utk tatapan umum / gmbr org kafir (org bkn Islam) yg melakukan musyrik terhdp Allah s.w.t…
Islam tidak menggalakkan gmbr2 spt ini krn ia melambangkan keagungan / timbul perasaan memuja mereka…
Menggantungkan gmbr2 org alim dibnrkan sbb ia dilht dr sudut ketokohan & kelbihan ilmunya & Islam mengharuskan gmbr sebegini utk dijadikan contoh…
Begitu juga dgn gmbr2 keluarga / haiwan yg diambil scr fotografi dibnrkan krn boleh menjdi kenangan…

SEKSAAN HARI KIAMAT
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dr emas & perak krn bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan bsr akn menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak & ingin menunjuk2 kemewahan yg ada padanya…
Larangan ini adlh utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yg berlebihan antara golongan kaya & miskin…
Manakala bekas2 acuan kuih-muih yg berbentuk haiwan, ia dibolehkan krn acuan2 ini akn dibuat dlm bentuk mknan yg akhirnya yg akn di mkn, tidak disimpan & tidak kekal maka ia dibolehkan…
Begitu juga halnya dgn permaidani yg ada gmbr binatang, tidak haram diltkan di dlm rumah sbb ia diltkkan di dlm kedudukan rendah… Permaidani akn dipijak & ia akn tidak membygkan ia diagungkan…
Islam juga mengingatkan, org yg mengukir & memahat patung akn menerima azab yg dahsyat pd hari kiamat… Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya org yg paling brt brt seksaannya pd hari kiamat ialah org yg membuat ukiran / memahat patung ini… Dlm 1 riwayat ditrgkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah”… (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dlm hadis lain yg diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yg membuat patung, pd hari kiamat nanti dia akn dipaksa utk meniupkan roh pdnya, pd hal dia selamanya tidak dpt meniupkan roh itu…

Mksd hadis ini ialah, Allah akn menyuruh org yg membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu shj  merupakan 1 seksaan & peghinaan krn bukan kerja manusia meniupkan roh

Sumber: 
http://www.myberita.com/perhiasan-rumah-yang-dilarang-islam/ 

Friday, July 20, 2012

.::Jadi, berpuasalah anda::.


.::Bukti Kebaikan Puasa Mengikut Saintis Amerika::.


Kajian saintifik terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa dua kali seminggu, sebagai contoh, boleh mengelakkan otak individu daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.
Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.
Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.
Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).
Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes selain kolestrol ‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darah serta pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS), Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.
Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.
Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh meningkatkan risiko kanser. 



.::Niat Solat Terawih::.


.::Niat puasa..ingat lagi x? (^_^)::.


Saturday, July 14, 2012

Derma Darah...apa bestnya?



Hukum menderma : Harus.
Selain itu, penderma darah akan mendapat manfaat kesihatan yang mana telah disahkan oleh pakar perubatan:
  • Menawarkan pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.
  • Memberikan maklumat mengenai pendidikan kesihatan dan menggalakkan seseorang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.
  • Hasil daripada proses menderma darah dapat membantu merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan seterusnya menyegarkan kembali sistem tubuh. Ini kerana selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam badan akan berkurangan, yang mana akan merangsang sistem tubuh untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi menggantikan darah yang telah hilang.
  • Menderma darah dapat mencegah dan mengurangkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, terutama di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini.
  • Kajian mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya mengurangkan risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu pertiga.
Ini adalah benar pada golongan lelaki yang tidak merokok yang kerap atau berulang-kali menderma darah.

Di samping manfaat dari segi kesihatan bagi penderma darah, mari kita perhatikan ganjaran dan balasan duniawi dan ukhrawi yang lain yang bakal diraih daripada perbuatan menderma darah berdasarkan hadits Rasulullah S.A.W. Dalil mengenai ganjaran atau balasan daripada menderma darah ini diambil secara umum daripada sabda Rasulullah S.A.W. yang dikhabarkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar R.A.

Maksudnya: “Seorang muslim itu adalah saudara seorang muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan menyakiti saudaranya tersebut. Barangsiapa yang menanggung (menolong) hajat saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong) hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim, maka pada hari Kiamat kelak Allah akan menutupi (aib) nya.” (Hadits riwayat al-Bukhari)

Orang yang menderma darah itu mendapat jaminan daripada Allah S.W.T dengan berbagai jaminan, antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits di atas, ditunaikan hajatnya, dilegakan kesedihannya, ditutup keaiban, kelemahan dan kecacatannya sama ada semasa di dunia atau di akhirat kelak.




Fakta Derma Darah

Fakta Umum
Menderma darah adalah selamat dan ringkas. Ia tidak meletakkan anda pada risiko penyakit kerana semua steril, hanya digunakan sekali dan kemudian dibuang. Secara puratanya, seseorang mempunyai lima liter atau 10.5 pint darah.Pengumpulan darah biasa - "seunit" - adalah sekitar setengah liter, atau satu pint. Tubuh anda akan menggantikan semua darah yang diderma. Proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 10-15 minit.  Setiap orang dewasa yang sihat antara 18 tahun dan 60 tahun boleh menderma darah. 

Tips Derma Darah

Sebelum Menderma
  • Sila makan minimal 3 jam sebelum menderma darah.
  • Sila elakkan diri daripada merokok pada hari sebelum menderma.
 Anda tidak akan memenuhi syarat untuk menderma darah jika anda mengambil alkohol 48 jam sebelum menderma.

Selepas Menderma
  • Sila menerima makanan ringan yang ditawarkan untuk anda selepas menderma, ia adalah     amat penting bagi anda.Anda disyorkan untuk mengambil makanan berat nanti.
  • Nikmati minuman ringan dan berehat sekurang-kurangnya 10 - 15 minit.
  • Jangan meninggalkan tempat menderma tanpa kebenaran dari ahli kakitangan.
  • Jika anda merasa pening atau pengsan, baik berbaring atau duduk dengan kepala anda di     antara lutut anda sehingga anda berasa lebih baik.
  • Jangan merokok selama sekurang-kurangnya satu jam.
  • Minum lebih banyak cecair dari biasa.
  • Elakkan pengambilan alkohol untuk 24 jam seterusnya.
  • Ambil makanan berat seterusnya.
  • Elakkan mengangkat beban berat atau bersenam selama 24 jam.
  • Biarkan kasa atau band-bantuan selama 4 - 6 jam, jangan basahkannya.
Salah faham tentang menderma darah
  • Anda tidak akan merasa lelah atau letih jika anda terus minum cecair dan makan makanan yang baik.
  • Anda boleh meneruskan aktiviti biasa anda selepas menderma darah, walaupun anda akan  diminta untuk menahan diri dari latihan atau mengangkat beban berat selama dua belas jam selepas menderma.
  • Menderma darah tidak akan meninggalkan anda pada rendah darah, malah anda akan tetap memiliki darah surplus selepas menderma.
  • Jika anda memilih untuk mengambil alkohol, anda boleh, pada hari berikutnya.
  • Anda tidak akan berasa sakit semasa menderma darah.
  • Anda tidak akan pengsan atau berasa tidak selesa selepas menderma darah.
  • Anda tidak akan mendapat AIDS jika anda menderma darah.
  • Pesakit hanya seperti penderma-  sebahagian besar daripada mereka memiliki jenis darah yang sama. Kerana golongan darah anda adalah umum, permintaan untuk jenis umum adalah lebih besar daripada jenis lain. Walau bagaimanapun, golongan darah umum masih     mempunyai keperluan.
·         Penderma menderma darah dan tidak menjualnya


Syarat Penderma

Sila ambil perhatian bahawa maklumat ini boleh berubah. Penentuan kelayakan terakhir terletak pada kakitangan skrining di klinik penderma.
Anda BOLEH menderma jika..
  • anda adalah antara kumpulan umur 18-60 tahun
  • berat badan anda 45 kg atau lebih
  • haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum
  • derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini
  • anda sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu
  • anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi

Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, tahniah. Anda berpotensi untuk menjadi penderma!!

Anda TIDAK BOLEH menderma jika anda mempunyai keadaan ini ..
  • sejuk / demam dalam 1 minggu terakhir
  • di bawah rawatan dengan antibiotik atau ubat lain
  •  masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetes (pada terapi insulin), sejarah kanser, buah    pinggang kronik atau penyakit hati, pendarahan kecenderungan, penyakit kelamin dll
  •  pembedahan utama pada 6 bulan terakhir
  •  vaksinasi dalam masa 24 jam terakhir
  •  mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam terakhir
  •  mengalami serangan pengsan semasa derma terakhir
  •  telah secara teratur menerima rawatan dengan produk-produk darah
  • berkongsi jarum untuk menyuntikkan dadah / memiliki sejarah ketagihan dadah
  • mempunyai hubungan seksual dengan rakan kongsi yang berbeza atau dengan individu berisiko tinggi
  • telah diuji positif untuk antibodi terhadap HIV
  • mempunyai tatoo, semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit menusuk dalam 6 bulan terakhir
  •  mendapat rawatan gigi (ekstraksi, tampalan, pembersihan, pemulihan)

* Untuk pembersihan atau tampalan: sampai hari selepas rawatan
* Untuk ekstraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi: 72 jam asalkan ada pemulihan  penuh

Wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini ..
  • mereka hamil
  • mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil / menyusui dalam satu tahun  terakhir
  • mereka dapat menderma selepas 6 minggu selepas kelahiran biasa dan ketika mereka  tidak menyusui
  • mereka mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/421-kempen-kempen-kerajaan/11482-kempen-derma-darah.html

Monday, July 9, 2012

Tanda-tanda Sakit Jantung


Penyakit Jantung adalah salah satu musuh dunia. Terlalu ramai yang telah menjadi mangsa. Ada pesakit sendiri tidak mengetahui yang mereka adalah penghidap penyakit jantung.

Adakah korang mempunyai simptom seperti berikut. Kalau ada, eloklah anda ke hospital untuk membuat pemeriksaan secara terperinci.

Diantara simptomnya adalah ::

1. Cemas 
Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.

2. Sakit dada
Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.

3. Batuk atau bersin terus-menerus
Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.

4. Pening
Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.

5. Penat
Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.

6. Mual atau tidak nafsu makan
Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.

7. Sakit di bahagian tubuh lain
Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.

8. Denyut jantung cepat atau tidak teratur
Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung, ataupun aritmia.

9. Sukar bernafas
Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.

10. Berpeluh
Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.

11. Tubuh bengkak
Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.

12. Sangat lemah
Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara jarinya.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA MENGALAMI SERANGAN SAKIT JANTUNG ?
Apabila seseorang itu mengalami sakit jantung, tindakan segera perlu diambil demi keselamatan nyawa mangsa. Ramai mangsa sakit jantung mati akibat daripada lambat bertindak kerana mereka tidak mengenali tanda-tanda penting.

Sebaik sahaja anda rasa sesuatu yang pelik dan anda sangsi anda mungkin mengalami serangan sakit jantung, jangan ragu-ragu, hubungi nombor kecemasan dengan segera untuk dapatkan bantuan perubatan ambulans.

Jika tiada perkhidmatan ambulans, JANGAN cuba bawa kereta ke hospital seorang diri. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau jiran untuk hantar anda ke hospital berdekatan. Memandu semasa tengah mengalami serangan sakit jantung adalah sungguh berbahaya kepada nyawa diri dan orang lain.

#rasanya macam ada sikit tanda ni..hmm 


Cara Duduk Rasulullah S.A.W.



1) Duduk Bersila.  ~ Duduk ini dilakukan dengan cara menyilangkan kedua kaki yang berada dalam posisi rebah dan terlipat, sehingga persilangannya ada di antara kedua betis. 
~ Rasulullah SAW pernah duduk bersila dari setelah selesai sholat subuh, hingga terbit matahari;


2) Duduk Qurfasha.  ~ Duduk ini dilakukan dengan cara melipat lutut dan menegakkannya sehingga kedua telapak kaki menjejak lantai. 
~ Kemudian kedua tangan merangkul kedua lutut tersebut. Namun, cara duduk seperti ini dilarang Rasulullah SAW dilakukan ketika mendengarkan khutbah Jum’at (sanad hadistnya Hasan).


3) Duduk Bertinggung.  ~ Duduk ini dilakukan seperti berjongkok dengan seluruh telapak kaki menjejak lantai, bahagian punggung(maaf) tidak menyentuh lantai. 
~ Rasulullah SAW pernah duduk bertinggung ketika sedang makan kurma.


4) Duduk Iftirasy.  ~ Duduk ini sama dengan duduk antara dua sujud mahupun sujud ketika tahiyatul awal dalam sholat.


5) Duduk Tawarruk.
~ Duduk ini sama dengan duduk ketika tahiyatul akhir dalam sholat.

Wednesday, July 4, 2012

Dugaan Pada Awalnya Kini Bertukar Kepada Hikmah ^_^

Awal progam penuh dengan dugaan...dugaan yang pada awalnya kami rasa seperti tidak mampu untuk menghadapinya.. seolah program itu tidak berjaya nanti...
Namun, dugaan itu kami hadapinya..kami rintanginya dengan penuh ikhlas, semangat, rasa amanah yang dijalankn perlu dilakukan dengan baik...tanggungjawab yang amat besar perlu kami lakukan dengan baik kerana Allah..
Di hari pertama, dengan keadaan kesihatan badan yang tidak sihat, sakit2.. ku kuatkan semangat kerna ku pasti pasti ada hikmah disebalik dugaan ini..
Kami perlu menyambut mereka dengan senyuman, dengan rasa penyanyang..n perlu menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri walaupun baru pertama kali dipertemukan..
Betul kata seorang yang amat kami segani, "Bila kita tunjukkan kasih sayang kita pada mereka, kita ikhlas melakukan kerna Allah, pasti segala kelemahan dapat kita tutupi"
Sekali lagi kami diuji di hari pertama kerna kekurangan penggerak, tapi bila kita berusaha untuk terus di jalanNya..Insyallah Allah akan membantu kita..Ada yang membantu kami dikala kesusahan..
Hari pertama bagi adik-adik kami yang amat menyedihkan...perlu berjauhan dengan keluarga dan memulakan hidup baru...sudah pasti ada yang menangis..sedih...ringkasnya majoriti tidak ceria n happy...
Walau bagaimanapun, semua itu bertukar dengan sekelip mata bila Allah membantu kami dalam segala urusan..Alhamdulillah...dengan bantu Allah beserta kekurangan pengalaman yang ada pada kami, dapat kami menceriakan keadaan adik-adik kami..
Ya Allah, mereka tersenyum, gembira..dengan aktiviti dan kasih sayang yang kami tunjukkan..
Hari pertama yang dilalui dilalui kami semua seperti telah mengenali adik-adik setelah sekian lama..ukuhwah yang terjalin menjadi begitu erat...seperti kami semua saudara kandung..
Alhamdulillah..kepenatan di hari pertama kami semua terubat dengan kegembiraan..semangat adik-adik kami..terima kasih adik-adik...
 Sebagaimana terbentuknya susunan lilin berbentuk hati ini, seperti itu hati akak..akak sayang korg semua ;)
Hari kedua kini tiba..hari yang mungkin akan kami lalui dengan penuh cabaran..aktiviti di luar kolej..dapatkan kami melalukannya?? Ya Allah..Dia telah permudahkan urusan kami sekali lagi..Terima Kasih Ya Allah... ;)
Taman Tunku Anis..akan menjadi saksi kegembiraan kami semua... adik-adik perlu melakukan aktiviti yang lebih mencabar..explorace..suatu aktiviti yang amat ditunggu oleh adik-adik..
Berbekalkan semangat adik-adik, ku kuatkan diri untuk turut serta walaupun keadaan badan tidak sihat..Ya Allah kuatkan diriku untuk adik-adikku..
Aktiviti bermula dengan semangat yang amat luar biasa dari adik-adik..dengan senyuman.. mereka mulakan explorace..
tujuh check point perlu mereka harungi..perlu melakukan sesuatu yang mungkin mereka tidak pernah lakukan..namun  kesemua check point mereka berjaya melakukan dengan jayanya..
walau dalam keadaan panas..namun kejayaan melakukan semua itu membuatkan adik-adik tersenyum...
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti yang menguji psikologi adik-adik..adik-adik perlu berdebat..
dan yang pasti debat utama mestilah dari fasi-fasi..mungkin tanpa mereka sedari..akak-akak n abang-abang dorg lah 'musuh' debat mereka yang sebenar...rasa tidak puas hati pasti ada...
setelah diberi kata dorongan oleh abang2 n akak2..adik-adik telah memahami maksud sebenar..matlamat n tujuan sebenar aktiviti itu dilakukan...rasa tidak puas hati telah bertukar kepada suatu perasaan yang positif dalam diri adik-adik...
Seharian disini pastinya diakhiri dengan gembira..pegalaman, pelajaran yang diterima mereka pasti akan diambil sepenuhnya..ingat adik-adik, apa yang diajar oleh kami semua hanya untuk menjadikan kalian insan yang amat2 berguna selepas ini...






 Senyuman manis pengubat penat, semoga ukuhwah terus terjalin








Masih ceria setelah explorace selesai.. Pengalaman yang pasti terus diingati 



"Mini Masir terbaek!!!" Kata semua insan ini


"Mini Masir semporna" 

Saturday, June 30, 2012

Dugaan Yang Datang

Dugaan adalah sesuatu yang pasti untuk kita sebagai hambaNya..dengan dugaan dan ujian yang diberikan dapat mematang dan mmenguatkan diri kita walaupun dugaan itu amat perit untuk dihadapi...di saat menghadapi dugaan, berbaliklah padaNya...memohon padanya agar diberikan kekuatan untuk menghadapinya, dipermudahkan segala urusan kita, Kita mungkin tidak sekuat Mariam, tapi kita perlu belajar sekuat Mariam walaupun kekuatan kia hanya 10% dari kekuatan Mariam, yang penting berusaha menghadapi cabaran dengan sabar dan sentiasa ingat pada Allah...

*Ya Allah berilah ku kekuatan untuk menghadapi dugaan yang telah Engkau berikan kepadaku.. dugaan ini hanylah secepis kecil sahaja tapi ku tidak mampu menghadapinya... (T_T)

Monday, April 16, 2012

Adab Memakai Cincin

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu ...

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Dosa Kuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpa...n kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."


Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Life is a Test


Alhamdulillah..semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya...setiap perkara yang berlaku merupakan pengalaman buat kita..pengalaman dapat mengajar kita menjadi lebih baik dari sebelumnya,

Friday, April 13, 2012

.::. Muhasabah Diri .::. Part 2

  • Bila suatu semangat datang..bila Allah izin..sesuatu kerja yang dilakukan mudah masuk...mudah faham dan mudah ingat..Alhamdulillah...

  • Usaha yang dilakukan pasti bersungguh-sungguh walaupun hasil yang diterima tidak mengembirakan hati...yang pasti kita berusaha melakukan kerja tersebut..hasilnya hanya Allah yang dapat menilai..jika baik hasilnya Alhamdulillah..jika tidak, hasilnya hanya setakat itu sahaja...

  • jangan dikatakan pada orang yang melakukan kesilapan..myb benar dia melakukan kesilapan, myb tidak cuma anggapan kita salah tapi jika kita sering berkata tidak akan melakukan kesilapan seperti dia pasti anggapan kita salah..kerana mungkin kita akan melakukan perkara yang sama seperti orang itu....

.::. Muhasabah Diri .::. Part 1

  • adakala yang sakit itu akan membawa kebaikan..biar diri sakit sekarang..tapi..asalkan orang yang kita sayang pada kemudian hari semuanya selamat..sihat...dapat hidup dengan baik..semoga Allah kuatkan semangatku...

  • sesuatu terjadi walau seteruk mana pasti ada sesuatu yang terbaik...pasti ia pengajaran buat kita atas kesilapan lalu..kealpaan lalu..kelalaian lampau..kelemahan masa lepas..setelah yang buruk melanda kita..pasti kita akan insaf dan takkan mengulangi lagi..pasti diri akan berubah...berubah kerna sayang kita padaNya..cinta kita pada Yang Maha Esa...bukan sayang kita pada manusia...perubahan yang ikhlas pasti akan menyenangkan hati kita walau betapa sukar untuk kita berubah..yang penting..ikhlaskan hati dan kita akan terima perubahan diri itu...

  • terimalah insan tersebut seadanya dia..terima dy kerna Allah..tidak melihat masa lalunya yang terlalu banyak kesilapan..sesungguhnya dia telah berubah dan sentsa ingin berubah kernaNya... lihatlah kerna dirinya..kerna keikhlasan hatinya..bukan menghukum dia dik kerna kesilapan lalunya...terimalah perubahan dirinya dan bantulah dia agar terus berubah..berubah dan berubah di jalanNya


Wednesday, April 11, 2012

Teknologi & Perniagaan May 2007

BAHAGIAN A: 40 MARKAH

1. Nyatakan 2 situasi yang berlaku dalam kitaran hayat produk semasa
(a) Fasa Pengenalan
(b) Fasa Kematangan
(c) Fasa Penurunan

1. Fasa pengenalan
- Pengusaha memperkenalkan pelbagai variasi produk
- Prihatin terhadap maklum balas pengguna dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan sesuatu produk.
fasa kematangan
- Menghentikan pengeluaran model yang tidak kos efektif
- memberi tumpuan kepada model yang mampu bersaing dalam pasaran yang semakin kompetitif.
fasa penurunan
- berlakunya diversifikasi
- penentuan untuk meneruskan atau menamatkan sesbuah perniagaan



2. senaraikan 3 cabaran perniagaan yang dihadapi oleh pengusaha pada zaman alaf baru ini
- Alam sekitar yang lebih kompetitif
- Keadaan yang tidak menentu
- Kepentingan kepantasan


3. Dalam pembangunan produk baru, antara 30%-60% produk yang diperkenalkan gagal dipasaran. senaraikan 4 faktor kegagalan dalam membangunkan sesebuah produk baru

3. -posisi yang tidak kompetitif
- andaian prestasi tidak tepat
- prestasi teknikal yang rendah
- kepakaran pengeluaran terhad


4. senaraikan 3 komponen asas pengurusan perniagaan dan huraikan dengan ringkas setiap satunya
4. -perancangan
menentukan matlamat dan aktiviti yang sesuai untuk mencapai misi dan visi organisasi
- kawalan
proses untuk menilai dari semasa ke semasa sama ada kerja yang di lakukan oleh semua pihak dalam organisasi menjurus kepada pencapaian mkatlamat sesebuah organisasi.
- operasi
proses perlaksanaan aktiviti perniagaan berasaskan perancangan yang sistematik.


5. berikan definisi paten dan hakcipta
paten
-hak monopoli yang dianugerahkan kepada pencipta atau inovator
hakcipta
- hak monopli terhad yang berkaitan dengan perisian, bahan muzik dan literatur.

6. program 'offset' merupakan salah satu kaedah pembangunan teknologi secara luaran. berikan 3 objektif program offset
6. - penggunaan sumber tempatan
- menggalakkan pertumbuhan industri tempatan
- pemindahan teknologi


7. syarikat landmark membawa masuk tenaga kerja asing bagi melatih dan membangunkan tenaga kerja tempatan. apakah kelebihan dan kekurangan memiliki tenaga kerja asing di syarikat tersebut

7. Kebaikan
- Kemungkinan pemindahan teknologi dan kompentasi baru kepada pekerja tempatan
Keburukan
-Timbul pelbagai masalah kebudayaan dan sosial.

8. berikan definisi fasa 'Catch Up' dan fasa 'self-Innovation'
catch-up

-MITI Jepun bertindak sebagai pengawas kepada pembangunan teknologi asin dan sebagai perunding terhadap syarat-syarat perlesenan denagn firma-firma atau inovator asing.
self innovation
- penglibatan pihak kerajaan di kurangkan dan firma sendiri akan memainkan peranan aktif dalam menjana keupayaan inovasi mereka.

9. Clark dan Fujimoto (1991) mengklasifikasikan pasukan pengurusan projek keapda 4 kategori. senaraikan semua kategori tersebut
- sturktur fungsian
- pengurusan projek lightweight
- pengurusan projek heavyweight
- pasukan projek berautonomi

10. Terangkan dengan ringkas 4 strategi yang boleh diambil oleh syarikat di Malaysia bagi menghadapi cabaran pembangunan teknologi pada era globalisasi yang berteraskan pengetahuan
10. - pembaikan teknologi sedia ada.
- penambahan kumpulan teknologi sedia ada
- penghasilan generasi teknologi selanjutnya
- penghasilan teknologi baru.


BAHAGIAN B:10 mARKAH

1. Terangkan dengan ringkas sama ada Malaysia telah berjaya atau tidak dalam pemindahan teknologi khususnya dari Jepun. Apakah masalah-masalah pembangunan teknologi yang dihadapi oleh Malaysia dan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menangani permasalahan ini.

- cabarn berteraskan ilmu
kejayaan masa hadapn bergantung kepada ekonomi yang berasaskan ilmu yang penting dalam menentukan prestasi.ia dapat di lakukan dengan mengenal pasti ilmu yang di perlukan o0leh sesebuah syarikat dan menstruktur dan menyebarkan maklumat tersebut ke semua bahagian syarikat.
cabaran menentukan standard prestasi
- prestasi perlu ditanda aras denagn cara yang terbaiik yang di wujudkan untuk mengawal dan memeriksa kemajuan prestasi dari semaa ke semasa. dalam konteks ini cabaran utama pengusaha adalah untuk membentuk indeks tanda aras yang realistik dan praktikal.
menggalakkan perkongsian strategik
- usahawan tempatan perlu membentuk program yang boleh mengenal pasti dan menerokai pelbagai bentuk kemudahan pakatan kerjasama yang dapat memperkukuhkan perniagaan mereka. Di mana perkongsian ini berfaedah terutamanya pada syarikat kecil yang tidak mempunyai kemahiran dan sumber untuk menjalankan RND atau untuk menjalankan kaji selidik pelanggan.
mempertingkatkan kapasiti
- usahawan perlu melabur secara berterusan bagi meningkatkan keupayaannya supaya mampu bertahan dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah dan tidak menentu.Kedudukan firma juga akan lebih kukuh jika ia bergantung kepada teknologi terkini dengan memaksimumkan penggunaannya.

Malaysia mempunyai segala keupayaan dari segi institusi, organisasi daninfrasturktur untuk melaksanakan dan membangunkan teknologinya sendiri di samping membangunkan sumber manusianya secara beriringan. Malysia cuma perlu melakukan lojakan, bukannya pendekatan secara evolusi dalam menghadapi pembangunan pantas dalam teknologi komunikasi dan maklumat.Denagn ini malaysia belum berjaya sepenuhnya dalam penggunaan pemnidahan teknologi seperti Jepun.