~Assalamualaikum (^_^)

"Assalamualaikum wahai pengunjung yang dikasihi Allah" "Semoga berada dalam keredhaan Allah"

Tuesday, September 8, 2009

Malu bererti iman

Terjemahan:
Ibnu Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya perasaan malu itu adalah sebahagian dari iman."

Keterangan:
Selalunya, orang yang tidak mempunyai perasan malu akan membuat apa sahaja menurut kehendak hatinya, tanpa memikirkan samada apa yang dilakukan bertentangan dengan adat atau hukum agama dan negara. Sebaliknya orang yang mempunyai perasan malu akan memikirkan apakah perbuatan yang akan dilakukan adalah salah dan hanya akan menjatuhkan harga dirinya.